· ·

 “Sudah-Sudahlah Memalukan Sukan Ni Pak Cik” – Jojo Ghazali Tegur Yusuf Azmi

Jojo Ghazali Tegur Aksi Yusuf Azmi Dalam Promosi Sukan Tempur

Beberapa hari lalu, media sosial kecoh dengan penularan beberapa video yang memaparkan dua petarung dari Malaysia dan Indonesia bergelut secara provokatif menjelang kejohanan Warzone World Championship (WWC) International Influencer Super Lightweight Champion yang dijadual berlangsung pada 6 dan 7 Disember ini.

@harimaumalaya_hm

BROTHER SEMBOYAN CARI YUNUS! @wwc.championship #WWC2025 #WARZONE #WarzoneChampionship #WarzoneIsComing #Combat

♬ original sound - Harimau Malaya - Harimau Malaya

Antara individu yang menjadi perhatian ialah Yusuf Azmi, seorang personaliti media sosial yang turut menyertai acara tersebut. Namun, tindakan dan cara promosi yang dibuat oleh Yusuf nampaknya tidak disenangi oleh atlet Muay Thai profesional negara, Jojo Ghazali.

“Sudah-Sudahlah Memalukan Sukan Ni, Pakcik”

Menerusi ruangan komen di hantaran Yusuf Azmi, Jojo menulis teguran panjang yang cukup pedas terhadap cara Yusuf mempromosikan acara itu.

@wwc.championship

#yusufazmi #semboyan #jordanboy #yunusmartin #warzonechampionship

♬ original sound - wwc.championship - wwc.championship

“Sudah sudahla memalukan sukan ni pakcik, saya bukan nak kurang ajar dengan orang tua tapi kalau orang tua perangai macam budak sapa nak hormat. Jojo, family Jojo dan ramai lagi orang dalam community combat sports dah lama dalam bidang ni sebelum pakcik datang.

“Kita up Muay Thai dari 0, pakcik datang bila dah hype pastu buat perangai bangang, sapa tak marah pakcik. Tolonglah pakcik, penonton bukannya takde otak nak percaya dengan gimmick sampah ni. Pakcik ni terpaling alim, tapi pakcik tak rasa budak-budak yang tengok video macam ni takkan terpengaruh ke, lagi-lagi dengan kes-kes yang berlaku kat Malaysia sekarang ni,” tulis Jojo.

Beliau turut menasihatkan supaya Yusuf mencari solusi, bukan mencipta masalah, dan menegaskan bahawa sukan tinju serta Muay Thai bukan platform untuk keuntungan mudah atau bahan hiburan murahan.

“Lihat Dengan Gambaran Lebih Luas Tentang Sukan Ini”

Jojo menegur kerana tidak bersetuju dengan tindakan individu yang menggunakan nama sukan tempur untuk kepentingan promosi atau marketing stunt yang tidak berfaedah.

Beliau turut meminta Yusuf melihat sukan ini dari sudut profesional dan menghormati komuniti tempur yang telah lama membina imej sukan ini dengan usaha dan disiplin.

Fenomena ini juga timbul ketika hype Muay Thai semakin meningkat di Malaysia dan Indonesia, dan menurut Jojo, perkara sebegini hanya menjatuhkan reputasi sukan tersebut di mata orang awam.

Johan Ghazali Pernah Tegur Isu Sama

Teguran Jojo Ghazali bukanlah sesuatu yang baharu. Sebelum ini, atlet Muay Thai terkenal Johan Ghazali juga pernah menyuarakan rasa kecewa terhadap trend influencer dan selebriti yang memasuki arena sukan tempur tanpa menjaga adab.

Johan turut menegur keras penganjur dan individu terlibat yang menurutnya merosakkan imej sukan ini demi konten media sosial.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


 Sumber :  TheVocket

Tarziman —03/11/2025,  02.41PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos