Rapper Namewee Dikaitkan Dengan Kematian Influencer Taiwan Dan Isu Dadah
Influencer Taiwan Ditemui Mati Di Hotel Kuala Lumpur
Seorang influencer Taiwan, Iris Hsieh, atau nama sebenarnya Hsieh Yu-hsin, yang dikenali peminat sebagai Dewi Jururawat (Nurse Goddess), dilaporkan meninggal dunia di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Difahamkan, Iris berada di Malaysia atas urusan kerja sebelum ditemui tidak bernyawa di dalam bilik air hotel.
Menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM), penyanyi dan rapper Malaysia Namewee turut berada di bilik yang sama ketika kejadian berlaku.
Pihak Polis Sahkan Kehadiran Namewee Di Lokasi
Laporan daripada Sin Chew Daily bertarikh 2 November memetik Penolong Pesuruhjaya Polis Daerah Cameron Highlands yang mengesahkan bahawa Namewee terlibat dalam kes kematian Iris Hsieh dan telah didakwa atas kesalahan penggunaan serta pemilikan dadah.
Menurut laporan itu, Namewee dan Iris pada mulanya berada di bilik hotel berkenaan untuk penggambaran video serta perbincangan kerja sebelum tragedi berlaku.
Ditemui Tidak Bernyawa Dalam Tab Mandi
Difahamkan, Iris masuk ke bilik air untuk mandi dan tidak keluar selama kira-kira tiga puluh minit. Bimbang dengan keadaan itu, Namewee memeriksa dan menemui Iris dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam tab mandi.
Beliau cuba melakukan CPR, namun gagal menyelamatkan nyawa wanita berusia 30-an itu. Namewee kemudian menghubungi talian kecemasan sekitar jam 12.30 tengah hari untuk mendapatkan bantuan.
Apabila pasukan paramedik tiba di lokasi, Namewee didakwa tidak memberikan penjelasan lanjut dan terus berjalan ke arah lif hotel sebelum ditahan oleh anggota polis yang bertugas di tingkat tersebut bagi persiapan Sidang Kemuncak ASEAN.
Namewee Dihantar Semula Ke Lokasi Penemuan
Menurut sumber, Namewee kelihatan cemas ketika disoal siasat dan menegaskan bahawa beliau tidak pernah menggunakan sebarang bahan terlarang.
Pihak polis kemudiannya mengiringi beliau kembali ke bilik hotel yang menempatkan Iris, sebelum menemui mayat di dalam tab mandi. Tiada air ditemui di dalam tab atau di atas lantai bilik air ketika penemuan dilakukan.
Keluarga Ragu Dengan Punca Kematian
Rakan dan pengurus Iris, dikenali sebagai Chris, mendakwa pihak hospital memaklumkan punca kematian adalah serangan jantung. Namun, keluarga Iris menyatakan keraguan terhadap laporan tersebut kerana mendiang dikatakan berada dalam keadaan sihat dan aktif sebelum kejadian.
Kes ini masih dalam siasatan pihak berkuasa yang kini meneliti punca sebenar kematian dan dakwaan penggunaan bahan terlarang.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


