· ·

Dakwa Malaysia Gunakan Undang-Undang Untuk Paksa Tukar Agama

Dakwa Malaysia Gunakan Undang-Undang Untuk Paksa Tukar Agama

Seorang wanita tular selepas mendakwa Malaysia menggunakan undang-undang untuk memaksa orang bukan Islam menukar agama kepada Islam.

Wanita itu mendakwa dirinya telah tinggal di Malaysia selama 32 tahun dan menyatakan negara ini kononnya menyalahgunakan kuasa perundangan bagi memaksa individu bukan Islam untuk ‘convert’.

Kenyataannya itu menarik perhatian kumpulan pendakwah antarabangsa Dawah In London, yang tampil mempertahankan Malaysia daripada tuduhan tidak berasas itu.

Dawah In London Nafi Dakwaan, Tampil Bela Malaysia

Dalam video yang dikongsikan, ahli Dawah In London terkejut dengan kenyataan wanita tersebut dan segera menjelaskan bahawa Malaysia bukan negara yang memaksa sesiapa menukar agama.

Mereka menegaskan bahawa berdasarkan pengalaman mereka tinggal di Malaysia, kebebasan beragama sentiasa dihormati dan tiada paksaan untuk mana-mana individu menukar kepercayaan masing-masing.

“Saya 1,000% Pasti” – Wanita Tegas Dengan Dakwaannya

Wanita itu dengan yakin berkata, “Saya 1,000% pasti. Saya sudah tinggal di sana 32 tahun brother.”

Apabila ditanya oleh Dawah In London apa yang dimaksudkan dengan “paksaan”, wanita tersebut menjawab bahawa ia merujuk kepada isu perkahwinan antara non-Muslim dan Muslim.

Menurutnya, “Di Malaysia sebelum kamu berkahwin dengan seorang lelaki Muslim, kamu wajib menerima agama Islam sebagai agama baharu.”

Dawah In London: “Itu Pilihan, Bukan Paksaan”

Dawah In London menegaskan bahawa itu bukan paksaan undang-undang, tetapi pilihan individu.

Jika seseorang bukan Islam tidak mahu memeluk Islam, mereka boleh memilih untuk tidak mengahwini pasangan Muslim.

Mereka menjelaskan bahawa undang-undang perkahwinan di Malaysia bertujuan memelihara keharmonian agama dan peraturan Islam, bukan memaksa mana-mana pihak menukar kepercayaan.

Netizen Anggap Wanita Itu Fitnah Malaysia

Video berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial. Ramai netizen menuduh wanita itu memfitnah Malaysia, selain menyifatkannya tidak memahami perlembagaan serta undang-undang negara.

Ada juga yang menyarankan wanita tersebut untuk berpindah ke negara lain seperti Indonesia, yang membenarkan perkahwinan campur tanpa perlu menukar agama.

Rata-rata netizen menegaskan bahawa Malaysia tidak pernah memaksa sesiapa untuk menukar agama, dan tuduhan sebegitu hanya menjejaskan imej negara di mata dunia.

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


 Sumber : Twitter

 

Tarziman —04/11/2025,  11.17AM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos