“Bila Aku Redha Duduk Dengan Family Dia…” – Cik Bunga Dedah Perbualan Mengejutkan Ibu Mentua
Rumah Tangga Cik Bunga dan Bengah Jadi Perhatian
Kisah rumah tangga personaliti media sosial Cik Bunga dan suaminya Bengah kini menjadi bualan hangat netizen selepas beberapa perkongsian penuh emosi dimuat naik oleh Cik Bunga di Instagram.


Dalam beberapa hantaran tular itu, Cik Bunga dilihat meluahkan rasa tidak dihargai serta tekanan emosi yang dialaminya setelah sekian lama tinggal bersama keluarga mentua.

“Bila Aku Redha Duduk Dengan Family Dia…”
Lebih mengejutkan apabila Cik Bunga turut berkongsi mesej dipercayai daripada ibu mentuanya yang dihantar kepada suaminya.
Mesej tersebut dikatakan mendesak suaminya supaya segera pulang ke rumah dan mengkritik cara mereka menghabiskan masa di dalam bilik, seolah-olah menggambarkan ketegangan yang berlaku dalam rumah tangga mereka.
Walaupun tidak menyebut nama sesiapa secara langsung, ramai netizen berpendapat luahan itu merujuk kepada sikap suaminya, Bengah, yang didakwa gagal mempertahankan dirinya di hadapan keluarga mentua.


“Macam Ni Ke Suami?”
Dalam satu lagi hantaran, Cik Bunga turut mendakwa suaminya sering memburukkan dirinya kepada orang lain dan menghantar mesej kepada wanita lain.
Luahan itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan pengikutnya, dengan ramai yang menzahirkan rasa simpati terhadap Cik Bunga serta mendoakan agar dia diberi kekuatan untuk menghadapi ujian rumah tangga tersebut.
Antara petikan luahannya yang mencuri perhatian berbunyi:
“Macam ni ke suami? Suami yang suka kutuk bini sendiri dari dulu lagi?”
Identiti Bengah dan Reaksi Netizen
Untuk makluman, Bengah atau nama sebenarnya Hammad, merupakan seorang influencer serta pasangan kepada personaliti popular Cik Piya.
Isu yang sedang tular ini turut menarik perhatian netizen yang meminta agar kedua-duanya menyelesaikan masalah secara baik tanpa membuka aib rumah tangga di media sosial.
Ramai juga yang menasihati supaya mereka memberi ruang dan masa untuk menenangkan keadaan, demi kebaikan kedua-dua pihak.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.




