“Saya Sangka Negara Ini Selamat” – Influencer Thailand Kecewa, Jam Tangan RM1.6 Juta Dicuri di Singapura
Influencer Thailand Kehilangan Jam RM1.6 Juta Di Singapura
Pempengaruh media sosial dan usahawan terkenal Thailand, Jinny Chotivichit, mendedahkan bahawa dia telah kehilangan jam tangan mewah Richard Mille RM 07-01 bernilai kira-kira RM1.6 juta ketika berada di Singapura awal bulan ini.
Insiden itu berlaku ketika dia menghadiri acara Formula 1 Grand Prix (F1) di republik tersebut pada 5 Oktober lalu.
“Saya Sangka Negara Ini Selamat”
@jinnychotivichit 400k sgd richard mille watch was stolen in singapore
♬ original sound - Jinnychotivichit - Jinnychotivichit
Menurut Jinny, kejadian itu tidak berlaku dalam kalangan penonton F1 yang sesak, namun dia tetap terkejut dan kecewa kerana perkara sebegini boleh terjadi di sebuah negara yang dianggap paling selamat di dunia.
“Saya merasakan reputasi negara ini yang cukup terkenal dengan keselamatan dan sekuriti yang ketat membuatkan saya merendahkan pengawasan, dan sistem telah gagal melindungi tetamu yang sepatutnya berada di dalam persekitaran yang selamat,” katanya.
Dia turut menjelaskan bahawa jam tangan itu amat bermakna kerana dibeli hasil daripada wang simpanannya sendiri, menjadikan kehilangan itu lebih perit untuk diterima.
Laporan Polis Sudah Dibuat
Jinny memberitahu bahawa dia telah memfailkan laporan polis di Singapura berhubung kejadian tersebut, namun sehingga kini telah menunggu lebih sebulan tanpa menerima sebarang perkembangan yang signifikan daripada pihak berkuasa.
Sementara itu, Polis Singapura (SPF) mengesahkan laporan berkenaan dan menyatakan bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan.
Jinny Mohon Bantuan Orang Ramai
Bekas penyanyi pop yang kini aktif sebagai influencer itu turut memohon agar sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan komuniti perdagangan jam tangan mewah agar menghubunginya sekiranya menemui jam Richard Mille yang dicuri dengan nombor siri yang sepadan.
Dia juga menegaskan bahawa dirinya memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis sepanjang siasatan dijalankan.
Netizen Terkejut, Ramai Simpati
Kes tersebut telah menarik perhatian ramai, bukan sahaja di Thailand tetapi juga di Singapura. Rata-rata netizen terkejut kerana kejadian kecurian seperti ini boleh berlaku di negara yang terkenal dengan tahap keselamatan tinggi.
Ramai turut bersimpati dengan nasib Jinny, memuji ketabahannya dan berharap agar dia berjaya mendapatkan kembali jam tangan yang hilang itu.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.



