· ·

Pemain Indonesia Hina Polis Malaysia, Tuduh Cuba ‘Pau’ Wang

Pemain Indonesia Hina Polis Malaysia, Tuduh Cuba ‘Pau’ Wang

@officialinews

Pemain Persib Bandung, Adam Alis, menceritakan pengalamannya dihentikan polisi Malaysia seusai laga melawan Selangor FC di ajang AFC Champions League Two (ACL 2), Kamis (6/11/2025) malam. Ketiganya sempat dimintai identitas, tetapi tidak membawa paspor saat itu. Situasi sempat tegang sebelum akhirnya dapat diselesaikan secara baik-baik. Adam menjelaskan, mereka akhirnya dilepaskan setelah Robi Darwis menunjukkan kartu tanda anggota (KTA). Baca selengkapnya di sini: https://www.inews.id/ #Persib #PersibBandung #AdamAlis #Polisi #Malaysia #KTA #RobiDarwis

♬ suara asli - OfficialiNews - OfficialiNews

Tular satu video di media sosial yang menunjukkan seorang pemain bola sepak dari Indonesia menghina pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta menuduh anggota cuba meminta wang sogokan selepas ditahan kerana memandu melawan arus.

Ditahan Kerana Memandu Melawan Arus

Individu berkenaan dikenali sebagai Adam Alis, yang berada bersama dua rakannya ketika kejadian. Mereka dilaporkan ditahan oleh pihak polis selepas didapati memandu secara melawan arus di jalan raya.

Apabila diminta untuk menunjukkan pasport, ketiga-tiga mereka gagal berbuat demikian dan hanya menyerahkan kad pengenalan Indonesia. Anggota polis kemudiannya menegaskan bahawa setiap pelancong atau warga asing wajib membawa pasport ke mana sahaja ketika berada di Malaysia.

Tuduh Polis Malaysia Cuba Minta Sogokan

Namun, situasi menjadi tegang apabila Adam Alis bertindak memuat naik video di media sosial sambil menggelarkan polis Malaysia sebagai ‘Upin Ipin’ dan mendakwa dirinya ditahan tanpa sebab.

Dalam satu lagi video berasingan, dia menuduh pihak polis cuba meminta sogokan untuk melepaskan mereka, namun tiada sebarang bukti ditunjukkan dan dakwaan itu tidak kelihatan dalam rakaman asal.

Menurutnya lagi, layanan anggota polis dikatakan berubah selepas mereka mengetahui salah seorang rakannya merupakan anggota tentera Indonesia. Tuduhan melulu itu menimbulkan persoalan kerana pihak polis Malaysia mempunyai bodycam yang merakam setiap tindakan ketika bertugas.

Rakyat Malaysia Marah, Desak Tindakan Tegas

Video tersebut segera tular dan mengundang kemarahan rakyat Malaysia, yang menganggap tuduhan Adam Alis sebagai satu penghinaan terhadap pihak berkuasa negara.

Ramai netizen menegaskan bahawa Malaysia mempunyai undang-undang yang tegas dan tidak sewenang-wenangnya menahan seseorang tanpa sebab.

Mereka turut meminta pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemain tersebut serta memberi amaran kepada warga asing agar sentiasa membawa dokumen pengenalan diri ketika berada di Malaysia.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


 Sumber : Tiktok

Tarziman —11/11/2025,  01.45PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos