· ·

Ramai Boleh “Relate” Bila Mat Saleh Share Nasib Kurang Baik Di Malaysia

Cuaca Malaysia memang unik dan tidak dapat dijangka. Ada pelancong datang untuk menikmati makanan, tempat cantik dan budaya, tetapi ramai tidak sangka cuaca Malaysia boleh berubah lebih cepat daripada mood manusia.

Cuaca Malaysia Memang Tak Boleh Dijangka

Baru baru ini, tular video seorang Mat Saleh yang terlalu yakin dengan aplikasi cuaca sebelum keluar berjalan. Berdasarkan ramalan, cuaca sepatutnya cerah. Namun nasibnya kurang baik apabila hujan lebat turun secara tiba tiba sehingga dia basah kuyup.

https://www.tiktok.com/@callum7x/video/7571377840294300950?is_from_webapp=1&sender_device=pc 

Apa yang buat ramai ketawa adalah reaksi spontan pemuda itu yang seolah olah tidak percaya dengan apa yang berlaku di depan mata. Tapi di Malaysia, itulah realitinya. Pagi panas terik, tengah hari hujan mencurah curah, kemudian petang boleh cerah balik.

Ramai Netizen Malaysia Boleh Relate

Di ruangan komen, rakyat Malaysia sendiri mengaku mereka sudah biasa dengan cuaca yang berubah macam drama. Malah ramai berdekah membaca komen yang penuh sindiran dan humor.

Antaranya komen netizen:

“Kami tak bergantung pada app cuaca, kami boleh hidu hujan sebelum ia turun.”

“Dua benda jangan percaya di Malaysia: 1) app cuaca, 2) kawan cakap ‘dah on the way’.”

“Cuaca Malaysia ajar kau macam mana nak handle perempuan, bro.”

“Jangan percaya ramalan cuaca. Kalau cerah pun boleh hujan, kalau mendung pun belum tentu hujan.”

“Di Malaysia, payung tu macam powerbank. Wajib bawa.”

Melihat komen komen ini, jelas rakyat Malaysia sudah imun dengan cuaca misteri negara sendiri. Kalau tiba tiba hujan turun semasa cuaca cerah, itu hanyalah ‘Malaysia things’.

Hidup Di Malaysia Memang Kena Sentiasa Bersedia

Aplikasi cuaca sebenarnya hanya panduan, tetapi rakyat Malaysia sudah tahu cara lebih tepat iaitu tengok langit sendiri. Jika angin tiba tiba kuat atau langit bertukar kelabu, itu sudah cukup sebagai signal bahawa hujan mungkin sedang bersiap sedia.

Pendek kata, jangan bergantung pada ramalan 100%, bersedialah dengan payung setiap masa.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


 Sumber : Tiktok

Tarziman —13/11/2025,  02.37PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos