Food Run Toppen Johor Bahru jadi tular selepas peserta lari sambil menikmati makanan di lebih 10 pit stop.
Food Run Toppen Curi Perhatian Ramai
Acara larian sambil makan kembali tular apabila Toppen Shopping Centre di Johor Bahru menganjurkan Toppen Run and Food 2025 sempena ulang tahun ke 6 mereka. Berbeza daripada larian biasa, peserta bukan sekadar berlari tetapi turut menjamu selera sepanjang laluan 3KM dan 5KM.
Peserta Berkumpul Di Pit Stop Makanan
Dalam video dikongsikan seorang peserta, Sha, kelihatan peserta menghurungi deretan gerai makanan yang disusun sepanjang laluan larian. Antara hidangan yang disajikan termasuk sandwich telur, karipap, burger Malaysia, air sirap dan pelbagai juadah ringan. Acara ini turut disertai keluarga bersama anak kecil yang kelihatan seronok menikmati suasana unik tersebut.
Sha berseloroh, “Baru 1KM dah hidang makanan macam ni. Memang lari santai je la. Belum sampai finishing lagi.”
Lebih 10 Bufet Di Garisan Penamat
Toppen Shopping Centre memaklumkan bahawa lebih daripada 10 jenis bufet makanan disediakan di garisan penamat sebagai ganjaran buat peserta. Malah terdapat food truck yang membuatkan ramai peserta tergoda untuk berhenti menikmati hidangan terlebih dahulu.
RM25 Untuk Pengalaman Berbaloi
Seorang peserta lain turut berkongsi hasil pungutan makanan sepanjang larian itu. Antara yang diterimanya termasuk popcorn, nasi lemak, nasi goreng, minuman kordial dan buah potong. Menurutnya, bayaran penyertaan hanya RM25 sangat berbaloi dengan pengalaman dan makanan yang disediakan.
“Masih lengkap 5KM, cuma kali ni bukan kejar kelajuan. Kejar makanan,” katanya.
Netizen Suka Konsep ‘Lari Sambil Makan’
Rata rata netizen menyatakan minat terhadap konsep acara sebegitu. Ada yang berseloroh bahawa tujuan sebenar bukan berlari, tetapi mencari makanan.
Seorang pengguna menulis, “Lari tu syarat je. Tujuan utama nak makan kuih.”
Ada juga yang bergurau, “Bakar lemak 1KG, isi balik 5KG.”
Tidak kurang yang membandingkan acara itu dengan suasana Bazar Ramadan dan rumah terbuka raya.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.



