Penjawat Awam Ditahan Rakaman Video Curi Wanita Di Temerloh
Isu Lama Fazura Kembali Tersebar

Nama Fazura kembali menjadi perhatian apabila satu ciapan lama tentang dirinya mula berlegar semula di Threads. Dalam ciapan tersebut, individu berkenaan mendakwa Fazura pernah membuli dan memuat naik foto anaknya. Walaupun isu itu kembali hangat diperkatakan, Fazura memilih untuk tidak mengulas panjang tentang tuduhan tersebut.
Fazura Tenang Beri Respon Dalam Live TikTok
Menerusi siaran langsung di TikTok, Fazura tampil dengan respon yang cukup tenang. Katanya, kecaman netizen tidak memberi apa-apa kesan terhadap kehidupannya dan dia lebih memilih untuk fokus kepada perkara yang benar-benar penting.
“Orang nak cakap apa, cakaplah. Itu urusan mereka. Fokus kita adalah untuk mendapatkan reda Allah, keluarga, anak, kerjaya dan cari duit. Sudah,” katanya dalam siaran tersebut.

Tidak Terjejas Dengan Kata-Kata Orang
Fazura turut menegaskan bahawa apa sahaja yang diperkatakan orang luar tidak mengubah dirinya walaupun sedikit.
“Cakap apa-apa pasal kita, tak berguna. Yang penting kita macam ni juga,” jelasnya.
Nasihat Fazura Buat Mereka Yang Turut Dikecam
Sebagai seorang yang sudah lama dalam industri, Fazura sempat meninggalkan pesanan buat sesiapa yang turut menjadi sasaran kecaman di media sosial.
“Yang cakap-cakap tu biarkan je. Siapa-siapa yang berdepan situasi macam tu, abaikan. Sebab tak ada kena mengena dekat anda semua. Tak berkudis pun,” katanya sambil menasihati peminat untuk tidak mudah terganggu dengan kata-kata orang.
Peminat Sokong Cara Fazura Kawal Situasi
Rata-rata peminat memuji sikap Fazura yang kekal tenang dan matang setiap kali berdepan isu tular. Ramai yang menyifatkan cara Fazura mengendalikan situasi ini sebagai contoh terbaik untuk artis dan orang awam.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


