Dua Individu Kecam Selepas Siram Dan Tendang Gelandangan Tidur Di Kaki Lima
Tindakan Dua Individu Terhadap Gelandangan Undang Kemarahan
Setiap orang diuji dengan perjalanan hidup yang berbeza. Ada yang tidak bernasib baik sehingga terpaksa hidup sebagai gelandangan, tetapi apa pun keadaannya, nilai kemanusiaan seharusnya tetap dijaga. Namun tindakan dua individu baru baru ini jelas menunjukkan sebaliknya.
Video Tular Papar Pengawal Keselamatan Menyiram Muka Gelandangan
Video Disini
Dalam video yang tersebar di Reddit, kelihatan seorang lelaki gelandangan sedang tidur di kaki lima. Seorang wanita yang memakai uniform pengawal keselamatan dilihat membuka paip air sebelum menghalakan hos terus ke muka lelaki tersebut, menyebabkan dia terjaga dalam keadaan panik.
Lelaki Datang Tendang Dan Halau Gelandangan
Tidak lama kemudian, muncul seorang lelaki yang seolah olah mengarahkan gelandangan itu supaya beredar. Namun yang mengejutkan ramai ialah tindakan lelaki berkenaan menendang gelandangan tersebut sambil mengambil barang miliknya. Apabila gelandangan itu tidak berganjak, dia mengambil hos di lantai dan menyiram lelaki itu sekali lagi sehingga pakaian mangsa basah lencun.

Netizen Kecam Perbuatan Biadap
Klip itu mengundang kemarahan ramai yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan. Menurut mereka, jika benar mahu gelandangan itu beredar, terdapat cara yang lebih beradab dan tidak perlu menggunakan kekerasan.
Beberapa orang turut bertanya sama ada insiden seperti itu boleh dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Caprice Turut Bersuara
Rapper Caprice turut berkongsi video tersebut dan menyifatkan ia sebagai tindakan yang keterlaluan.
“Kemudian sepak lelaki itu ketika emosinya sedang bersedih. Tiada perasaan.”
Netizen lain pula menambah bahawa jika mahu menghalau, cukup sekadar meminta dengan baik atau memanggil pihak polis tanpa perlu menyiram atau menendang.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


