Insiden Terlepas Angkut Cetus Isu, Misi Selamatkan Rakyat Malaysia Di Songkhla Penuh Kekalutan
Songkhla Diisytihar Zon Bahaya, Ramai Pelancong Malaysia Terkandas
Banjir besar yang melanda Thailand menyebabkan ramai pelancong Malaysia terkandas, terutama di kawasan Songkhla yang kini diisytiharkan sebagai zon bahaya merangkumi 16 daerah. Hujan yang berterusan menyebabkan air naik mendadak dan mengganggu operasi keluar masuk di banyak lokasi pelancongan.

Konsulat Malaysia di Songkhla sedang menggerakkan operasi menyelamat rakyat Malaysia yang terperangkap di beberapa hotel sekitar bandar.
Konsulat Dedah Punca Kekalutan Operasi Menyelamat
Seorang individu tempatan yang mengikuti perkembangan semasa mendedahkan maklumat yang dikongsi Konsulat Malaysia Songkhla. Menurut mereka, isu terbesar bukan sekadar air naik atau akses jalan tertutup tetapi wujud pelancong Malaysia yang terlepas pengangkutan kecemasan yang telah dihantar.

Difahamkan kenderaan penyelamat telah berulang alik sepanjang hari ke 14 lokasi hotel dan semua pelancong sudah dimaklumkan untuk tunggu di lobi masing masing. Namun tetap ada yang terlepas kenderaan sehingga kembali terkandas apabila air naik semula.
Ada Mangsa Enggan Turun, Pilih Kekal Dalam Bilik
Menurut perkongsian itu, terdapat mangsa yang sengaja kekal berada di bilik ketika pasukan Konsulat tiba untuk membawa mereka keluar. Keengganan ini menyebabkan mereka tertinggal dan terpaksa menunggu operasi seterusnya.
Selain itu, terdapat juga mangsa yang menolak bantuan Konsulat kerana beranggapan air sudah surut dan mereka sudah membuat urusan dengan pihak lain untuk keluar dari kawasan banjir.
Pematuhan Arahan Awal Beri Hasil Baik
Konsulat Malaysia telah menghantar notis awal kepada semua mangsa untuk bersiap sedia dan menunggu pasukan penyelamat di lobi hotel. Mereka yang mematuhi arahan dilaporkan berjaya dibawa keluar ke lokasi selamat tanpa masalah.
NGO Malaysia Turun Padang Bantu Operasi
Beberapa NGO Malaysia turun ke Hatyai untuk membantu operasi pemindahan mangsa. Antara pasukan sukarelawan yang berhubung terus dengan Konsulat ialah:
Adli Murtaza – Tim Truck Towing Perlis
Mr. Leong – Tim Bomba Volunteer Sg Petani (Lokasi Sadao)
Mr. Chiang – Tim Bomba Volunteer Sg Petani (Lokasi Hatyai)
Mr. Calvin – Ketua Tim Bomba Volunteer Sg Petani
Mr. Mandeep dan Sunil – Tim Bot Persatuan Sikh Malaysia
Tim Bas FTC Insurance
Maklumat Bantuan Kecemasan Untuk Mangsa
Bagi mangsa yang masih terkandas atau dalam keadaan kritikal, mereka boleh menghubungi talian kecemasan berikut:
Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok
Talian Am: +66-2340-5720
Konsular (waktu bekerja): +66-2340-5731 / 5732
Kecemasan (hujung minggu/cuti umum): +66-87-028-4659
Talian tambahan: +66-2340-5721
Emel: mwbangkok@kln.gov.my
Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla
Pertanyaan Am: +(6674) 311062
Kecemasan: +(6674) 316274 / +(6681) 9901930
Talian tambahan: +(6674) 324004 / 312353
Emel: mwsongkhla@kln.gov.my
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.



