Ceddy Ang Minta Henti Samakan Semua Orang Cina
Ceddy Ang Minta Henti Samakan Semua Orang Cina
Pempengaruh media sosial, Ceddy Ang tampil mengulas satu hantaran tular membabitkan individu warga Cina yang mengaku tidak mandi pagi. Melalui video di TikTok, Ceddy menegaskan bahawa tidak semua individu dalam komuniti Cina mempunyai tabiat sama dan meminta orang ramai berhenti membuat generalisasi melulu.
@ceddyornot Once again tolong jangan pukul rata ye, many of us cina DO shower in the morning. And psa untuk those yang selalu fefeeling badan dia bau sedap, tolong ye, kalau you tak mandi, you tak tau je badan kau dah berbau cengis kepam hanyir hancing, just because you don’t smell it doesn’t mean others don’t! Aiyoooo masuk bathroom sekarang!!
♬ original sound - Ceddy Ang - Ceddy Ang
Ceddy Jelaskan Dia Memang Mandi Setiap Pagi
Ceddy berkata dia sudah terbiasa mandi setiap pagi meskipun cuaca sejuk atau tidak berpeluh. Tegasnya, ini bukan negara empat musim dan alasan tidak mandi kerana cuaca sejuk tidak relevan di Malaysia. Katanya, tabiat mandi pagi adalah perkara asas yang sudah dia lakukan sejak kecil.
Teguran Terbuka Kepada Warga Cina Yang Enggan Mandi
Dalam masa sama, Ceddy menegur segelintir warga Cina yang mendakwa mandi pagi boleh sebabkan masuk angin. Jelasnya, individu yang tidak mandi akan menghasilkan bau tidak selesa, terutama pada rambut dan ketiak. Katanya, hakikat seseorang tidak dapat menghidu bau sendiri tidak bermaksud orang sekeliling tidak terasa.
Deodoran Saja Tak Cukup, Mandi Tetap Perlu
Menurut Ceddy, bau badan akan muncul dengan ketara menjelang tengah hari bagi mereka yang tidak mandi, walaupun menggunakan deodoran. Beliau mengingatkan bahawa kebersihan diri tidak boleh dikompromi kerana ia memberi kesan kepada keselesaan umum.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.



