· · ·

Penat Dituduh Curang Punca Sebenar Faisal Halim Ceraikan Isteri 

Peguam Syarie Dedah Tuduhan Curang Tidak Berasas

 

Peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader, akhirnya bersuara berhubung kes perceraian pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim. Beliau menafikan keras dakwaan bahawa anak guamnya berlaku curang, menyifatkannya sebagai tuduhan tanpa bukti dan sekadar andaian yang direka.

Talak Pertama Dan Kedua Berlaku Kerana Tuduhan Sama

Menurut peguam, Faisal berdepan tekanan berulang apabila bekas isterinya sering menuduhnya curang tanpa usul periksa. Lebih mengejutkan, kedua-dua talak yang berlaku adalah berpunca daripada perkara sama.

Talak pertama berlaku sekitar jam 1 pagi pada 11 Jun lalu sebelum mereka rujuk semula pada hari sama. Talak kedua pula dilafazkan pada 10 November sekitar jam 4.20 petang.

Faisal Halim Sebenarnya Tidak Mahu Bercerai

Datuk Akberdin turut mendedahkan bahawa Faisal sebenarnya tidak pernah berniat untuk berpisah. Namun sebagai manusia biasa, tekanan emosi yang datang akibat tuduhan tidak berasas membuatkan pemain itu akhirnya mengambil keputusan untuk melepaskan.

Kehidupan Sebagai Pemain Kebangsaan Dipersoal Tanpa Alasan

Peguam menjelaskan bahawa kerja Faisal yang memerlukan dirinya kerap ke luar negara untuk latihan dan perlawanan menyebabkan dia terdedah kepada ramai individu. Namun, situasi ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menuduhnya curang setiap kali dia berada jauh dari rumah.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

 Sumber : OhMedia

Tarziman —02/12/2025,  12.11PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos