Video promosi Singapura Sofyank Raih Perhatian Dan Ada Netizen Persoal Mengapa Bukan Malaysia
Sofyank Tular Lagi Dengan Video Promosi Singapura

Nama Sofyank bukan sesuatu yang asing. Kalau sebut sahaja namanya, orang ramai sudah terbayang visual efek yang kemas, magis dan bertaraf antarabangsa. Pemilik nama Sofian Kamaruddin ini pernah berkolaborasi dengan selebriti dunia termasuk Chris Hemsworth, Ryan Reynolds, Paul Rudd, Anthony Ramos dan ramai lagi. Hasil kerja kreatifnya jarang mengecewakan.
Baru-baru ini, Sofyank memuat naik video promosi tentang tempat menarik di Singapura sehingga menjadi bualan hangat netizen.
Senarai Tempat Menarik Yang Ditunjukkan Sofyank
Dalam video tersebut, Sofyank membawa penonton ke beberapa lokasi popular di Singapura seperti Jewel di Lapangan Terbang Changi, Fort Canning Park, Galeri Nasional, Marina Bay serta beberapa kafe menarik. Semua visual disunting dengan rapi dan penuh estetika, membuatkan sesiapa yang menonton terasa mahu menempah tiket ke sana.
Katanya, tujuan video itu adalah untuk menunjukkan tempat yang memberi rasa tenang, damai dan penuh pengalaman baharu.
Netizen Persoal Mengapa Bukan Malaysia
Walaupun ramai memuji hasil videonya, ada juga segelintir pengguna media sosial mempersoalkan kenapa dia tidak membuat video promosi untuk Malaysia. Ada yang berpendapat influencer Malaysia sepatutnya mengutamakan negara sendiri.
Sofyank kemudian membalas komen itu dengan tenang.
Menurutnya, dia sememangnya terbuka untuk mempromosikan Malaysia jika diberi peluang dan rezeki bekerjasama.
Ada Yang Faham Dan Dakwa Ia Kolaborasi Berbayar
Sebahagian netizen pula mempertahankan Sofyank. Mereka percaya video itu mungkin kolaborasi bersama pihak Singapura memandangkan dia memiliki syarikat VFX profesional dan sering menerima projek komersial. Ada yang berharap pihak berwajib Malaysia membuka mata untuk bekerjasama dengannya kerana bakatnya mampu mengangkat imej pelancongan negara.
Ramai Kagum Dengan Hasil Kerja Sofyank
Selain perdebatan, ramai turut memuji kecantikan video tersebut. Ada yang bangga melihat anak Kelantan mampu menghasilkan karya bertaraf antarabangsa dan terus mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.
“Lawa gila kolaborasi ni. Tahniah, bangga mengaku orang Kelantan,” tulis seorang pengguna.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.



