Netizen Hina Bahasa Melayu Dan Persoalkan Identiti Mek Yun
Isu Netizen Hina Bahasa Melayu & Perlekeh Identiti Mek Yun
Tular satu komen biadap di media sosial apabila seorang netizen mempersoalkan identiti influencer Kelantan, Mek Yun, hanya kerana dia tidak fasih berbahasa Mandarin. Lebih melampau, individu itu mendakwa Bahasa Melayu tidak berguna dan memperlekehkan usaha Mek Yun yang selama ini konsisten menghasilkan kandungan dalam bahasa kebangsaan.
@mekyunnnn Korang setuju tak dengan apa yang Mekyun cakap? Haih… STOP lah dengan mentaliti macam ni sebab mentaliti macam ni lah yang sebenarnya wujudkan jurang antara kita, sedangkan Bahasa Melayu sepatutnya menyatukan kita semua.
♬ original sound - Mekyun - Mekyun
Netizen Sindir: “BM Tak Berguna Lah…” — Hinaan Yang Melampau
Netizen bernama Ah Boy Lee88 mempertikai cara komunikasi Mek Yun yang memilih Bahasa Melayu dan loghat Kelantan. Katanya, seorang Cina patut bertutur Mandarin dan mendakwa nenek moyang Mek Yun akan malu melihat dirinya fasih Bahasa Melayu namun tidak menguasai Mandarin. Malah, individu itu mempersoalkan kelayakan Mek Yun sebagai influencer.
Respons Pedas Mek Yun: “Saya Cina Hokkien, BM Satukan Kita Semua”
Tidak tahan nama keluarganya dipersendakan, Mek Yun tampil membalas dengan nada tegas tetapi berhemah. Dia menjelaskan bahawa bahasa ibundanya adalah Hokkien, bukan Mandarin. Sejak kecil, seluruh pendidikan formalnya—dari tadika hingga universiti—menggunakan Bahasa Melayu dan Inggeris, menjadikan dua bahasa itu paling dominan dalam hidupnya.
Mek Yun menegaskan bahawa nenek moyangnya pasti lebih bangga melihat cucu mereka hidup aman bersama semua kaum, fasih dalam bahasa yang menyatukan Malaysia.
Mek Yun Persoal Mentaliti Sempit Yang Memecahbelahkan Masyarakat
Dalam jawapannya, Mek Yun berkata bahawa apa yang patut dipersoalkan adalah individu yang lahir dan membesar di Malaysia tetapi masih tidak mampu bertutur bahasa kebangsaan. Katanya lagi, hormat, adab dan kefahaman terhadap kepelbagaian jauh lebih penting daripada berlumba-lumba menentukan bahasa siapa lebih bernilai.
Netizen Setuju: Bahasa Melayu Menyatukan Malaysia
Warganet di media sosial rata-rata memuji ketegasan Mek Yun, menganggap responsnya sebagai contoh perpaduan sebenar yang seharusnya menjadi norma rakyat Malaysia. Ramai juga menegur tindakan individu tersebut yang menulis komen Bahasa Melayu pun tunggang terbalik tetapi berani merendahkan orang lain.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.



