· · ·

Yunus TKO Yusuf Azmi, Penonton Kecewa Lihat Hero Semboyan Tewas

Yunus Kecewakan Yusuf Azmi Dalam Aksi Kemuncak Warzone

 

Aksi yang dinantikan ramai akhirnya menyaksikan pengasas Semboyan, Yusuf Azmi, tewas kepada petinju Indonesia, Yunus Martin, dalam Warzone World Championship International Influencer Super Lightweight Championship di N9 Arena Nilai.

@apa.barang.ada

Yusuf Azmi vs Yunus Martin - FullFight | Warzone World Championship 2025 Yunus WIN TKO #warzonechampionship #wwc #indonesia #malaysia #combatsports

♬ original sound - apa barang ada? - apa barang ada?

Yusuf, 35, bermula garang seawal pusingan pertama dengan serangan agresif disambut sorakan padu penonton. Namun kombinasi yang dilepaskan masih belum cukup menggoyahkan Yunus.

Strategi Agresif Yusuf Makan Diri Selepas Pusingan Kedua

Masuk pusingan kedua, jelas kelihatan tubuh Yusuf mula kehilangan tenaga akibat menekan terlalu awal. Pada masa sama, Yunus, 30, semakin stabil dan mula mengutip mata menerusi kombinasi tepat dan bertenaga.

Pusingan Ketiga Jadi Titik Kejatuhan

Di pusingan ketiga, rentak Yusuf semakin hilang akibat keletihan. Yunus pula memanfaatkan peluang dengan asakan berturut-turut tanpa henti. Ketika Yusuf kelihatan terhoyong, pasukan beliau melemparkan tuala putih ke dalam gelanggang. Pertarungan dihentikan dengan baki 22 saat.

Yunus diisytihar menang melalui TKO serta mencatat kemenangan sulung di Malaysia.

Kekalahan Yang Memalukan, Reputasi Dipersoalkan

Sebelum perlawanan, Yusuf banyak bercakap bahawa beliau akan menumbangkan Yunus. Namun keputusan sebaliknya berlaku dan ramai netizen mula mempersoalkan kredibiliti beliau.

Ada yang mendakwa Yusuf tidak sepatutnya menyertai pertarungan ini kerana kini reputasi sebagai figura yang lantang semakin pudar. Ada yang berkata orang tidak lagi takut atau hormat seperti dahulu.

Kontroversi Penganjur Warzone Menambah Panas

Sebelum ini, pihak penganjur WWC pernah dikecam kerana gimik pemasaran yang dianggap melampau sehingga KBS memberi amaran mahu membatalkan kejohanan tersebut kerana isu kelulusan.

Akhirnya KBS dan PJS memberikan lampu hijau seminggu sebelum acara berlangsung.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

 Sumber : Warzone Championship

Tarziman —08/12/2025,  02.51PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos