Wanita Amerika Beri Rating 0 Dari 10 Untuk Malaysia, Dakwa Hospitaliti Buruk
Pelancong Amerika Dakwa Malaysia Tidak Mesra
@ ♬ -
Seorang wanita Amerika berkulit hitam mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen selepas membuat ulasan jujur yang mendakwa dia langsung tidak menyukai Malaysia sepanjang lawatannya. Dalam video TikTok yang dikongsikannya, dia dengan yakin meletakkan teks yang berbunyi, “Ya, saya pasti tidak akan datang kembali ke Malaysia, 0 dari 10 tidak disarankan.”
Menurutnya, pengalaman hospitaliti di Malaysia terlalu mengecewakan berbanding negara lain yang pernah dia kunjungi.
Bandingkan Malaysia Dengan Vietnam Dan Kemboja
Pelancong tersebut mendakwa layanan di Kemboja dan Vietnam jauh lebih baik, dan kerana itu Malaysia tidak layak mendapat rating selain kosong. Bagaimanapun, dia mengakui Pulau Pinang “masih boleh diterima”, tetapi Kuala Lumpur langsung tidak menepati jangkaannya.
Dia turut menuduh rakyat Malaysia bersikap biadap dan seolah olah tidak melayan mereka.
Dakwa Pemandu E Hailing Batalkan Tempahan Kerana Warnanya
Salah satu pengalaman yang membuatkan dia tidak berpuas hati adalah apabila pemandu e hailing dikatakan membatalkan tempahannya walaupun jarak hanya sekitar sembilan minit saja.
Menurutnya, pemandu itu membatalkan tempahan selepas ternampak mereka yang berkulit hitam. Dia menganggap tindakan itu sebagai diskriminasi dan mendakwa kejadian sama berlaku berulang kali.
Netizen Malaysia Tidak Ambil Hati, Siap Berseloroh
Walaupun dakwaan wanita tersebut agak keras, rata rata netizen Malaysia tidak cepat melatah. Malah ramai yang membalas dengan nada selamba dan humor, menyatakan bahawa dia bebas memilih negara lain untuk mencari hospitaliti yang lebih baik.
Terdapat juga warga asing yang pernah melancong ke Malaysia tampil mempertahankan negara ini, menyatakan pengalaman mereka jauh lebih positif.
Isu E Hailing Bukan Berlaku Di Malaysia Saja
Salah seorang netizen luar negara menyebut bahawa masalah pemandu membatalkan tempahan bukan isu khusus Malaysia. Di Australia pun perkara yang sama berlaku dan ia boleh diselesaikan hanya dengan membuat tempahan lain.
Namun begitu, ramai yang perasan gaya penyampaiannya seolah olah sengaja mahu memburukkan Malaysia. Ramai juga bersetuju bahawa cara dia menyampaikan aduan kelihatan menjengkelkan dan kurang beradab.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.



