· · ·

Khairul Aming Umum Restoran RM4 Juta Rembayung Di Kampung Baru

Pembukaan Restoran Rembayung Mengejutkan Ramai Peminat

@khairulaming

Selepas setahun simpan rahsia, restoran pertama Khairulaming telah pun siap. Dengan menelan modal 4 juta ringgit, kita bina bangunan dari scratch di atas tanah kosong seluas 8,000 kaki di Kg Baru. Ini adalah investment terbesar KA pernah buat untuk one single project Selepas 10 tahun dalam dunia online, i’m finally ready untuk mulakan langkah ke dunia offline. Ini adalah permulaan untuk planning KA 10 tahun yang seterusnya. Selamat datang ke Rembayung ❤️

♬ original sound - Khairulaming - Khairulaming

Khairul Aming kembali mencuri perhatian apabila mengumumkan pembukaan restoran pertamanya di Kampung Baru. Langkah ini hadir selepas beliau berjaya membina kilang sambal sendiri dan terus mengembangkan empayar perniagaannya.

Pengumuman ini mengejutkan ramai pihak kerana Khairul Aming mengakui bahawa beliau menyimpan rahsia tentang projek restoran ini selama lebih setahun. Menariknya, staf yang hadir ke temuduga untuk bekerja di Rembayung sebelum ini langsung tidak tahu bahawa beliau adalah pemiliknya.

Konsep Ala Kampung Dengan Pelaburan Besar

Restoran yang dinamakan Rembayung ini menampilkan konsep masakan kampung dengan suasana santai. Restoran dua tingkat itu mampu menampung sehingga 250 pelanggan pada satu masa.

Khairul Aming turut bekerjasama dengan rakan rakan yang mempunyai pengalaman luas dalam industri restoran bagi memastikan operasi berjalan lancar.

Pelaburan RM4 Juta, Dibina Dari Tanah Kosong

Dalam pengumuman rasminya, Khairul Aming berkongsi bahawa Rembayung dibina sepenuhnya dari tanah kosong seluas 8,000 kaki persegi di Kampung Baru dengan modal mencecah RM4 juta.

Beliau menyatakan bahawa ini adalah pelaburan terbesar yang pernah dibuat untuk satu projek tunggal dalam kerjayanya.

Katanya, “Selepas setahun simpan rahsia, saya umumkan restoran pertama Khairulaming. Dengan menelan modal 4 juta ringgit, kita bina bangunan dari scratch di atas tanah kosong seluas 8,000 kaki di Kampung Baru. Ini adalah investment terbesar KA pernah buat untuk one single project. Selepas 10 tahun dalam dunia online, saya finally ready untuk mulakan langkah ke dunia offline.”

Beliau juga menambah harapan agar Rembayung bukan sahaja menarik rakyat tempatan, tetapi juga pelancong asing yang ingin merasai masakan kampung Malaysia.

Netizen Terharu Dan Bangga Dengan Kejayaan KA

Berita pembukaan restoran ini mencetuskan reaksi besar di media sosial. Ramai meluahkan rasa sebak dan bangga melihat pencapaian Khairul Aming selepas mengikuti perjalanan kerjayanya selama bertahun tahun.

Ada yang menulis, “Dia yang buka restoran aku pula yang sebak. Tumpang bangga dengan Khairul Aming.”

Tidak kurang juga yang bergurau bahawa mungkin mahu mendapatkan meja di Rembayung nanti akan menjadi seperti “battle” membeli sambal viral beliau.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

 Sumber : Tiktok

Tarziman —10/12/2025,  02.13PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos