Pokok Krismas ‘Under The Sea’ Di Lapangan Terbang Langkawi Jadi Bahan Gurauan Netizen
Pokok Krismas Lapangan Terbang Langkawi Jadi Perhatian

Dengan Krismas semakin hampir, pelbagai lokasi di Malaysia mula menghias ruang awam dengan dekorasi bertema perayaan. Namun, hiasan Krismas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pula menjadi tular bukan kerana cantik, sebaliknya kerana rupa bentuknya yang mengundang reaksi bercampur netizen.
Netizen Tak Dapat ‘Unsee’ Bentuk Pelik
Menerusi satu perkongsian di kumpulan Facebook Malaysia Education Info (And Homeschooling too), seorang pengguna meluahkan rasa kurang terkesan dengan hiasan tersebut. Menurutnya, pokok Krismas berkenaan memberi gambaran yang tidak menyenangkan pada pandangan pertama.
“I ask for forgiveness, but whoever designed this and thought it was a good idea may want to reevaluate their design sense,” tulisnya sambil bergurau bahawa fikirannya terpengaruh selepas makan makanan laut.
Konsep ‘Under The Sea’ Jadi Pilihan
Hiasan itu sebenarnya menampilkan konsep ‘Under The Sea’, berbentuk kon berlingkar yang diperbuat daripada pasir dengan hiasan kulit kerang, tapak sulaiman dan bintang merah di bahagian atas. Struktur tersebut direka menyerupai pokok Krismas, selari dengan tema pulau dan laut yang sinonim dengan Langkawi.
Pereka Jelaskan Idea Sebenar
Menurut satu lagi hantaran Facebook, pereka hiasan tersebut ialah Ikhwan Saloot yang memaklumkan bahawa ia merupakan satu-satunya dekorasi Krismas ‘Under The Sea’ di Malaysia. Beliau turut berkongsi gambar yang lebih jelas dan kemas, berbeza daripada sudut gambar yang tular sebelum ini.
Hiasan itu difahamkan akan dipamerkan sepanjang bulan Disember di lapangan terbang berkenaan.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


