Pelajar Autisme Di Kedah Menangis Ucap Selamat Tinggal Kepada Cikgu, Netizen Sebak
Momen Perpisahan Pelajar PPKI Sentuh Hati Ramai
Satu momen perpisahan di sebuah sekolah rendah di Kedah telah mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen apabila seorang pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dilihat menangis sambil mengucapkan selamat tinggal kepada gurunya sebelum melangkah ke sekolah menengah.
Pelajar Autisme Pegang Tangan Cikgu Dalam Tangisan
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok oleh @ammarsyahar, seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) di Sekolah Kebangsaan Peremba, Alor Setar, pelajar berusia 12 tahun itu kelihatan memegang erat tangan gurunya sambil mengalirkan air mata.
Difahamkan, pelajar tersebut berada dalam spektrum autisme dan juga mempunyai ADHD. Gurunya dilihat menenangkan pelajar berkenaan sambil mengelap air mata dan memberikan kata-kata semangat sebelum dia melangkah ke alam sekolah menengah.
Kata-Kata Cikgu Buat Ramai Tak Tahan Sebak
Dalam video tersebut, guru berkenaan turut mendoakan kejayaan anak muridnya dan berpesan supaya tidak melupakan dirinya apabila berjaya kelak.
“I hope you succeed in secondary school. Don’t forget me. If you do well, don’t forget to let me know,” katanya dengan nada penuh kasih sayang.
Peringatan Tentang Anak Istimewa
Ammar turut berkongsi pesanan ringkas namun bermakna kepada orang ramai agar lebih peka terhadap kanak-kanak berkeperluan khas.
Menurutnya, mereka juga manusia biasa yang mempunyai emosi dan perasaan, cuma melalui kehidupan dengan cabaran yang berbeza dan tidak seharusnya dipinggirkan.
Video tersebut turut menarik perhatian ramai termasuk Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, yang meninggalkan komen sokongan di ruangan komen.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.



