· · ·

Pereka Fesyen Rizman Ruzaini Diarah Bayar RM1.3 Juta Kepada Intan Najuwa Sebelum 15 Januari

Pereka Fesyen Rizman Ruzaini Diarah Bayar RM1.3 Juta Kepada Intan Najuwa Sebelum 15 Januari

Pelakon Intan Najuwa akhirnya tampil memberi penjelasan berhubung kes saman sivil yang difailkan oleh suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman terhadap pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Instagram, Intan berkongsi dokumen mahkamah bertarikh 16 Disember lalu sebagai rujukan umum berhubung keputusan kes berkenaan.

Mahkamah Arah Bayar RM1.3 Juta Sebelum 15 Januari 2026

Berdasarkan dokumen tersebut, Rizman Nordin dan Wan Mohd Ruzaini Wan Jamil yang mewakili Rizman Ruzaini Creations (M) Sdn Bhd diarahkan melunaskan bayaran berjumlah RM1,300,000 sebelum 15 Januari 2026.

Difahamkan, pihak pereka fesyen itu turut perlu membayar faedah sebanyak 5 peratus setahun ke atas jumlah tersebut atau baki yang masih belum diselesaikan, bermula 16 Januari 2026.

Selain itu, mahkamah juga menetapkan bayaran kos sebanyak RM15,000 kepada suami Intan, tertakluk kepada fi alokatur.

“Hampir Tiga Tahun Pilih Untuk Berdiam Diri” – Intan Najuwa

Menurut Intan, keputusan untuk tampil secara terbuka dibuat selepas hampir tiga tahun memilih untuk berdiam diri demi menghormati proses perundangan yang sedang berjalan.

“Setelah hampir tiga tahun memilih untuk berdiam diri, suami dan saya kini tampil secara terbuka berdasarkan keputusan mahkamah yang telah diputuskan,” jelasnya.

Intan turut menegaskan bahawa kenyataan tersebut dibuat tanpa melibatkan mana-mana pihak atau pereka fesyen lain, sebaliknya khusus untuk menyeru Rizman Ruzaini melaksanakan bayaran semula pinjaman seperti yang telah diarahkan oleh mahkamah.

Perjanjian Bertulis Dimeterai Sejak Tiga Tahun Lalu

Difahamkan, perjanjian bertulis antara kedua-dua pihak telah dimeterai kira-kira tiga tahun lalu. Sepanjang tempoh tersebut, Intan dan suaminya memilih untuk tidak mengulas perkara itu secara terbuka.

Isu ini sebelum ini mencuri perhatian apabila Intan dilihat menuntut pereka fesyen berkenaan melunaskan bayaran pinjaman seperti yang dipersetujui.

Bagaimanapun, ketika ditemu bual sebelum ini, pihak Rizman Ruzaini enggan mengulas lanjut mengenai kes berkenaan.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

 Sumber : Instagram


Tarziman —06/01/2026,  02.00PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos