· · ·

“Saya Terima Teguran Anda Semua” – Chazynash Mohon Maaf Isu Mutaah Bekas Isteri

Chazynash Tampil Mohon Maaf

Pempengaruh media sosial Chazynash sekali lagi menjadi perhatian warganet apabila tampil memohon maaf secara terbuka susulan kenyataannya sebelum ini berkaitan isu mutaah kepada bekas isteri yang mencetuskan pelbagai reaksi.

Menerusi penjelasan terbaharu, Chazynash mengakui menerima segala teguran yang diberikan dan mengakui kekhilafan dirinya dalam mengendalikan isu tersebut secara terbuka.

Mutaah Dipersetujui Tanpa Keputusan Mahkamah

Menurut Chazynash, pemberian mutaah itu dibuat atas persetujuan bersama antara kedua-dua pihak, tanpa melibatkan sebarang keputusan mahkamah.

Katanya, keputusan tersebut diambil bagi mengelakkan proses turun naik mahkamah yang berpanjangan dan menyelesaikan urusan secara damai.

“Penat naik turun mahkamah, kita deal cara elok-elok,” jelasnya, sambil memaklumkan bahawa persetujuan itu dibuat dengan syarat beliau tidak culas dalam memberi nafkah kepada anak-anak.

Akui Persetujuan Tidak Berjalan Seperti Diharapkan

Dalam kenyataannya, Chazynash turut mengakui bahawa terdapat kelemahan dalam persetujuan tersebut sehingga ia tidak berjalan seperti yang diharapkan oleh kedua-dua pihak.

Namun begitu, beliau menegaskan bahawa dirinya kini telah reda dengan apa yang berlaku dan tidak mahu isu tersebut terus dipanjangkan.

Tak Akan Tuntut Semula Mutaah

Menjawab persoalan ramai, Chazynash menegaskan bahawa beliau tidak akan menuntut semula mutaah atau sebarang pemberian yang telah diberikan kepada bekas isterinya.

“Saya mohon, janganlah kecam saya atau dia dalam hal ini. Duit hadiah atau mutaah tersebut, saya tak jadi tuntut semula,” katanya.

Di akhir kenyataan, Chazynash turut mendoakan kebahagiaan buat bekas isterinya dan menyatakan hasrat untuk meneruskan kehidupan dengan lebih tenang bersama keluarga baharunya.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit: Threads Chazynash


Tarziman —13/01/2026,  01.58PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos