Tareq Fit Tak Gentar Disaman, Isu Ojen Aiwah Jadi Perang Terbuka
Tareq Fit Pertahan Kritikan Terhadap Ojen Aiwah
Jurulatih kecergasan Tareq Fit menegaskan beliau tidak gentar berdepan tindakan undang-undang selepas mengkritik influencer penjual kunafa, Ojen Aiwah, sebelum ini. Kritikan tersebut melibatkan isu penampilan Ojen yang bermekap dan berdandan seperti perempuan, selain pandangan Tareq bahawa makanan yang dijual berpotensi memberi kesan buruk kepada kesihatan.
Ojen Aiwah Berang, Anggap Perniagaan Terjejas

Kenyataan Tareq itu nyata mencetuskan kemarahan Ojen. Menerusi kenyataan balasnya, Ojen memaklumkan bahawa perkara tersebut telah diserahkan kepada peguam dan pegawai penyiasat. Dia turut mendakwa akan mengambil tindakan saman kerana merasakan kritikan itu sudah melampaui batas teguran dan bertukar menjadi fitnah.
Menurut Ojen, tindakan Tareq telah membuka ruang kepada kecaman orang ramai terhadap dirinya dan ahli keluarga, selain memberi kesan kepada jenama Kunafa Aiwah yang diusahakannya. Ojen juga mendakwa pihaknya sudah lama mengumpul bukti dan bukan bertindak atas isu peribadi, sebaliknya kerana melibatkan perniagaan.
“Dari Teguran Jadi Defamation”
Ojen turut menjelaskan bahawa dia cuba berubah sedikit demi sedikit selepas ditegur, termasuk mula memakai topi, namun tidak bersetuju apabila kritikan tersebut berlarutan sehingga mengaitkan produk kunafanya sebagai tidak sihat dan mengarut. Bagi Ojen, itu sudah menjejaskan reputasi perniagaan yang dibina.
Tareq Fit Kekal Dengan Pendirian
Dalam respon balasnya, Tareq Fit secara terbuka menyatakan dia tidak takut disaman. Malah, dia menegaskan akan terus menentang ideologi lelaki yang berpenampilan feminin, selain menyatakan pendiriannya berpaksikan kepercayaan agama. Baginya, kebenaran perlu disuarakan walaupun pahit.
Tareq juga menjelaskan bahawa kritikan terhadap kunafa yang dijual bukan bertujuan menyerang individu atau jenama, sebaliknya sebagai usaha mendidik masyarakat agar mengurangkan pengambilan makanan yang sarat dengan topping dan tidak sihat.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


