· · ·

Komen ‘Jangan Cari Pasal Dengan Orang Ada Duit’ Buat Ojen Aiwah Dikecam Netizen

Komen Ojen Aiwah Cetus Kecaman

Influencer dan usahawan kunafa, Ojen Aiwah sekali lagi menjadi perhatian warganet selepas satu komen yang ditulisnya di media sosial dianggap sombong dan berunsur riak.

Ojen

Segalanya bermula apabila Ojen membalas komen seorang netizen yang dilihat terus-menerus menegurnya sehingga menyentuh soal perniagaan yang diusahakan.

Dalam balasan tersebut, Ojen menulis:

“PLUS, jangan main gila dengan orang ada duit. Jangan cari pasal dengan orang berduit.”

Kenyataan itu pantas tular dan mengundang kecaman, dengan ramai netizen menyifatkan Ojen seolah-olah menunjuk kekayaan serta merendahkan orang lain.

Netizen Anggap Riak Dan Angkuh

Ramai berpendapat ayat tersebut memberi gambaran bahawa Ojen menggunakan status kewangan sebagai bentuk ugutan atau kelebihan.

Ada juga yang menyindir bahawa kenyataan sedemikian tidak wajar keluar daripada seorang peniaga makanan, apatah lagi individu yang mempunyai pengaruh besar di media sosial.

Ojen Tampil Jelaskan Situasi Sebenar

Komen 'Jangan Cari Pasal Dengan Orang Ada Duit' Disalahtafsir Kata Ojen Aiwah

Tidak berdiam diri, Ojen kemudian tampil memberi penjelasan panjang lebar dan menegaskan bahawa kenyataan itu tidak ditujukan kepada netizen secara umum, sebaliknya kepada seorang individu sahaja.

“Assalamualaikum, saya cakap dekat individu itu bukan secara umum dan general untuk semua orang,” jelasnya.

Menurut Ojen, dia telah ditekan dari pelbagai sudut oleh individu berkenaan sehingga menyentuh perniagaan yang diusahakannya.

“After all, saya hanyalah warganegara Malaysia yang menjual kunafa atau dessert. Nama pun manisan. Sampailah akhirnya saya meletus kerana saudara tersebut begitu deep nak ‘menegur’,” katanya.

Akui Ayat Boleh Disalah Tafsir

Ojen turut mengakui kenyataannya itu boleh mendatangkan salah faham dan fitnah.

“Sebab itu Ojen cakap situ ‘PLUS jangan main gila dengan orang ada duit’ – sebab Ojen seorang warganegara, so ayat tu telah disalahtafsirkan,” ujarnya.

Tambahnya lagi, selepas membaca semula komen tersebut, dia sedar ayat itu tidak sesuai dan memilih untuk memadamkannya, namun ia sudah terlanjur disebarkan.

Mohon Maaf Secara Terbuka

Di akhir penjelasan, Ojen tampil memohon maaf kepada semua pihak yang terasa dengan kenyataannya.

“Kalau ayat ni buat saudara sentap, saya truly mohon maaf. Sekali lagi Ojen minta maaf,” katanya.

Ojen juga menegaskan bahawa mereka yang mengenalinya sejak mula berniaga tahu bahawa dia sentiasa berterima kasih kepada pelanggan dan penyokong yang menyokong perniagaannya.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit: Threads


Tarziman —16/01/2026,  02.25PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos