Dah Macam Tin Sardin, 25 Backpacker Wanita Berkongsi Satu Bilik Sewa Cetus Banyak Persoalan
Video Tular Buat Ramai ‘Loya Tekak’

Kalau sebut pasal travel gaya backpacker, ramai faham ia menuntut pengorbanan dari segi keselesaan demi jimat kos. Namun satu perkongsian tular daripada seorang pengembara wanita benar-benar mengejutkan netizen apabila memaparkan seramai 25 orang wanita tinggal berhimpit dalam satu bilik sewa yang sama.
Dari Tangga Sampai Ke Dalam Bilik, Semua Penuh
Menerusi video tersebut, bilik sewa yang dipercayai terletak di bangunan kedai komersial itu kelihatan sesak sejak dari laluan tangga lagi. Timbunan kasut memenuhi ruang dan dimaklumkan pintu akan dikunci setiap malam. Di dalam bilik besar itu pula, wanita daripada pelbagai latar belakang terpaksa berkongsi ruang tidur, hanya beralaskan beg tidur di atas lantai.
Satu Tandas, Satu Bilik Air, 25 Orang
@wallyneedsanap 1 room. 25 girls. Many memories. #malysia
♬ always remember you - Abbi
Apa yang lebih mengejutkan, kesemua penghuni hanya berkongsi satu tandas dan satu bilik mandi, selain satu cermin kecil untuk bersiap. Laluan pergerakan sangat terhad sehingga terpaksa melangkah di celah tempat tidur. Sinki pula dipenuhi bekas makanan dan minuman yang tidak dibersihkan kerana tersumbat, walaupun dikatakan ada jadual pembersihan yang langsung tidak dipatuhi.
Bilik Stor Jadi Ruang Pelbagai Fungsi
Disebabkan ruang terlalu terhad, sebuah bilik stor dijadikan ruang serbaguna untuk menyimpan stok, sampah, tempat makan dan pakaian. Loker juga dikongsi bersama, menyebabkan setiap individu hanya mampu menyimpan barang peribadi dalam jumlah yang sangat minimum.
Netizen Persoal Keselamatan & Kesahihan
Perkongsian itu mencetuskan kecaman hebat netizen tempatan yang mempersoalkan keselamatan, kebersihan dan kesahihan undang-undang tempat tersebut. Ramai menyifatkan situasi itu bukan sahaja berbahaya, malah disyaki haram dan melanggar peraturan sewaan di Malaysia.
Ada juga yang menyindir bahawa dengan nilai mata wang asing yang lebih tinggi, para backpacker tersebut sebenarnya mampu menyewa kediaman lebih selesa seperti Airbnb atau kondominium, bukannya tinggal berhimpit seperti “tin sardin”.
Backpacker Dakwa Gembira & Rasa Selamat
Walaupun menerima kritikan hebat, wanita yang memuat naik video itu tetap mendakwa dia berasa selamat dan gembira tinggal di situ. Kenyataan tersebut bagaimanapun gagal meredakan kebimbangan netizen yang melihat situasi itu sebagai tidak normal dan berisiko tinggi.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.



