· · ·

Namewee Mengaku Tidak Bersalah Miliki Dadah & Ubat Mati Pucuk

Namewee Mengaku Tidak Bersalah Di Mahkamah

Penyanyi dan pencipta lagu kontroversi, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan berkaitan pemilikan bahan terlarang di Mahkamah Majistret.

Didakwa Miliki Ubat Mati Pucuk

Menurut laporan New Straits Times, Wee didakwa di bawah Seksyen 9(1) Akta Racun kerana memiliki 0.78 gram Sildenafil, iaitu ubat yang biasa digunakan untuk merawat masalah mati pucuk.

Kesalahan itu didakwa berlaku di sebuah hotel berhampiran Jalan Conlay pada jam 4.30 petang, 22 Oktober 2025. Jika sabit kesalahan, beliau boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Satu Lagi Pertuduhan Libatkan Methamphetamine

Dalam prosiding sama, Wee turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki 1.57 gram methamphetamine di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sekiranya disabitkan kesalahan, beliau berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda sehingga RM100,000 atau kedua-duanya.

Namewee Keliru Dengan Pertuduhan

Mengulas mengenai kes tersebut pada 19 Januari, Wee mengakui dirinya keliru dengan pertuduhan yang dikenakan, namun menegaskan perkara paling penting ialah keputusan ujian air kencingnya yang disahkan negatif.

Pernah Dibebaskan Sebelum Ini

Untuk rekod, pada 22 Disember tahun lalu, Mahkamah Majistret telah melepaskan dan membebaskan Wee selepas pihak pendakwaan menarik balik kes susulan keputusan patologi yang mengesahkan beliau tidak mengambil dadah.

Mahkamah menetapkan 5 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit: New Straits Times


Tarziman —20/01/2026,  02.12PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos