Ucapan Jep Sepahtu Sebut Nama Shuib Buat Netizen Sebak
Hari Terakhir Jep Sepahtu Di Radio

Pelawak terkenal, Jep Sepahtu akhirnya mengundurkan diri secara rasmi daripada sebuah stesen radio selepas hampir sedekad bergelar penyampai.
Menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok, pemilik nama sebenar Mohd Nadzri Zainal Abidin, 41, menzahirkan rasa syukur dan penghargaan kepada pendengar setia serta semua rakan sekerja yang pernah bekerjasama dengannya sepanjang tempoh itu.
Sebut Nama Shuib Buat Ramai Sebak
@jerry_jeriko Replying to @MaBelle Ini dia video ucapan Abg Jep terakhir di Sinar Fm yang sempat di rakam di live @Jeptapan #sinar #pagidisinar #jepsepahtu #sinarfm #muzikretroterbaik
♬ original sound - jerry jeriko - jerry jeriko
Apa yang paling mencuri perhatian adalah apabila Jep turut menyebut nama Shuib Sepahtu dalam ucapan perpisahannya.
Menurut Jep, perjalanan selama 10 tahun itu dipenuhi pelbagai fasa dan kerjasama bersama ramai rakan penyampai.
“10 tahun adalah tempoh yang sangat panjang dan saya rasa sangat bersyukur di atas sokongan padu daripada pendengar.
“Sudah semestinya kepada partners saya dahulu, daripada segmen Sepahtu Sinar iaitu saya, Rahim dan Shuib. Selepas itu, segmen Pagi Di Sinar iaitu saya, Rahim, Angah dan Siti Elizad, kemudian yang terbaharu saya bersama Rahim dan Ray,” katanya.
Jep turut mengucapkan terima kasih kepada semua rakan sekerja yang pernah terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang kerjayanya sebagai penyampai radio.
Mohon Maaf Jika Pernah Terkasar
Dalam masa sama, Jep tidak lupa memohon maaf sekiranya ada kata-kata atau gurauan yang mungkin menyinggung perasaan mana-mana pihak.
“Sepanjang tempoh 10 tahun ini mungkin ada gurauan, kata-kata yang tidak sedap didengar, atau terkasar bahasa.
“Tapi percayalah saya yakin semua itu hanyalah atas urusan kerja sahaja, tak ada lebih daripada itu,” jelasnya.
Jep turut menjelaskan gurauan adalah sebahagian daripada elemen kerja dalam dunia radio untuk membina keserasian antara penyampai.
Netizen Puji Jep Tak Lupakan Jasa Shuib
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dan terharu apabila Jep menyebut nama Shuib dalam ucapan tersebut.
Ramai memuji sikap Jep yang disifatkan tidak pernah melupakan jasa rakan seperjuangannya walaupun masing-masing sudah membawa haluan sendiri.
Keputusan Tidak Sambung Kontrak
Sebelum ini, Jep menerusi satu hantaran di Instagram mengesahkan pengundurannya daripada stesen radio tersebut.
Jep menegaskan bahawa keputusan itu dibuat atas kehendaknya sendiri dan bukan kerana diberhentikan, sebaliknya memilih untuk tidak menyambung kontrak.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.



