Netizen Jepun Kecam Pemuda Indonesia Main Padel Di Perkuburan Jepun
Video Tular Cetus Kemarahan Netizen

Netizen Jepun dan Indonesia sama-sama mengecam tindakan dua orang pemuda warga Indonesia yang didakwa bermain padel ball di kawasan perkuburan di Jepun.
Video tersebut tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi negatif kerana perbuatan itu dianggap tidak sensitif serta tidak menghormati budaya dan adat masyarakat tempatan.
Pasang Jaring, Jadikan Perkuburan ‘Gelanggang’
Apa yang lebih mencetuskan kemarahan adalah apabila kedua-dua lelaki itu bukan sekadar bermain bola, malah didakwa memasang jaring padel di kawasan perkuburan berkenaan.
🇯🇵☪️ Two Indonesian Muslims decide to play padel at a Japanese cemetery.
— 鈴森はるか 『haruka suzumori』 🇯🇵 (@harukaawake) January 27, 2026
I don't think I even need to explain how unbelievably disrespectful this type of behavior is. pic.twitter.com/ZNcjjA7baq
Tindakan tersebut dianggap melampau kerana tanah perkuburan di Jepun sangat dihormati dan dianggap sebagai tempat persemadian roh nenek moyang.
Seorang pengguna Jepun dikenali sebagai Haruka menulis, “Dua lelaki Muslim asal Indonesia nekad bermain padel di tanah perkuburan di Jepun. Rasanya tak perlu saya jelaskan betapa biadapnya perbuatan seperti ini.”
Netizen Indonesia Sendiri Turut Mengecam
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen dari Indonesia sendiri turut mengecam perbuatan dua pemuda tersebut yang dianggap mencemarkan imej negara.
Ada yang menyifatkan tindakan itu sebagai ‘bikin malu’ dan tidak mencerminkan sikap majoriti rakyat Indonesia yang menghormati budaya luar.
Beberapa netizen beranggapan perbuatan itu dilakukan demi perhatian dan kandungan media sosial semata-mata.
Dianggap FOMO Dan Mahu Tunjuk ‘Rare’
Sebahagian netizen berpendapat kedua-dua pemuda itu sekadar mahu menunjukkan mereka turut bermain padel ball, namun memilih lokasi yang dianggap ‘rare’ tanpa memikirkan sensitiviti.
“Jelas mereka manusia biadap sebab itu sanggup buat perkara macam ni,” tulis seorang netizen.
Isu Hormat Budaya Negara Orang
Ramai turut mengingatkan bahawa sebagai pendatang atau pekerja asing, menghormati budaya dan adat negara tempat mencari rezeki adalah perkara asas.
Di Jepun, kawasan perkuburan dianggap kawasan suci dan tidak wajar dijadikan tempat hiburan atau aktiviti sukan.
Seorang lagi netizen Indonesia menulis permohonan maaf secara terbuka atas perbuatan tersebut, walaupun komen itu turut mencetuskan perdebatan kerana bahasanya yang kasar.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.



