· · ·

Pempengaruh Dedah Bukti Dicurangi, Suami Rayu Jaga Air Muka Demi Anak

Pempengaruh dakwa suami berlaku curang

Seorang pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila tampil mendakwa suaminya, Fadrul, berlaku curang dengan seorang wanita yang berasal dari Temerloh, Pahang.

@nurinlofar

Tasya wawa aku takkan maafkan kau.

♬ original sound - N U R I N L O F A - N U R I N L O F A

Pendedahan tersebut dibuat menerusi beberapa perkongsian di TikTok, sekali gus mengundang perhatian netizen yang mengikuti perkembangan rumah tangga pasangan muda itu.

Nurin akui hampir dedah semua bukti

Menurut Nurin, dia sebenarnya berada di ambang untuk mendedahkan semua bukti kecurangan suaminya kepada umum. Namun, hasrat itu terbantut selepas Fadrul merayu agar dia menjaga air muka sebagai seorang bapa kepada anak mereka.

Pempengaruh berusia 21 tahun itu berkata, demi memikirkan masa depan anak mereka, Jebat, dia memilih untuk memadam semua hantaran berkaitan aib suaminya.

Katanya, suaminya meminta simpati dan mengingatkan bahawa ada maruah yang perlu dijaga walaupun hubungan mereka sudah retak.

Enggan maafkan orang ketiga

Dalam pada itu, Nurin menegaskan dia sama sekali tidak dapat memaafkan wanita yang didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik, Nurin meluahkan kemarahan dan kekecewaan terhadap individu tersebut, sambil menyatakan bahawa isu itu belum selesai di antara mereka.

Luahan emosinya itu jelas menggambarkan kesan mendalam yang ditanggung akibat kecurangan yang berlaku.

Pilih selesaikan di mahkamah syariah

Walaupun konflik rumah tangga itu menjadi bualan hangat, Nurin memaklumkan bahawa urusannya dengan Fadrul akan diselesaikan secara rasmi melalui mahkamah syariah.

Dia memilih untuk tidak lagi membuka pekung lama di media sosial, sebaliknya menyerahkan segalanya kepada proses perundangan yang sepatutnya.

Rumah tangga dibina sejak 2023

Untuk rekod, Nurin Lofa mendirikan rumah tangga bersama Fadrul pada tahun 2023. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada September 2024.

Pendedahan yang dibuat ini sekali gus mengundang simpati dan pelbagai reaksi daripada netizen, yang rata-ratanya mengecam perbuatan curang serta menzahirkan sokongan moral kepada Nurin.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:

Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit: Tiktok


Tarziman —04/02/2026,  02.40PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos