Rider Nyaris Putus Asa Di Atas Flyover, Luahan Hati Buat Ramai Tersentuh
Motosikal rosak ketika baru nak cari rezeki

Satu video tular di media sosial memaparkan detik menyayat hati seorang penghantar makanan yang diuji hebat apabila motosikalnya tiba-tiba rosak ketika berada di atas flyover sebuah lebuh raya.
Motosikal itulah satu-satunya kenderaan yang digunakan lelaki tersebut untuk mencari rezeki, namun kerosakan itu dianggarkan memerlukan kos pembaikan sekitar RM2,000.
Luahan jujur rider buat ramai sebak
Menerusi hantaran di akaun TikTok miliknya, lelaki itu meluahkan rasa terlalu buntu apabila dugaan datang bertimpa-timpa dalam keadaan dirinya baru sahaja ingin memulakan kerja.
Dia mengakui sempat terlintas fikiran negatif ketika berdiri sendirian di atas flyover bersama motosikal yang tidak boleh dihidupkan.
“Allahuakhbar berat sungguh rasa dada tadi. Atas bukit Federal Highway ini dengan motosikal yang tiba-tiba mati. Syaitan bisik suruh terjun sahaja tamatkan semua beban ini, rasa buntu sangat sebab baru sahaja nak mula cari rezeki,” tulisnya.
Sedar diri perlu kuat demi tanggungjawab
Bagaimanapun, lelaki itu segera tersedar bahawa dia tidak boleh mengalah dengan ujian yang dihadapi kerana masih mempunyai tanggungjawab di rumah.
Walaupun tidak tahu bagaimana hendak mencari wang untuk membaiki motosikal, dia tetap menggagahkan diri menolak kenderaannya ke tempat selamat.
“Saya gagahkan juga tolak motosikal walaupun tak tahu macam mana nak cari modal baiki sebanyak RM2,000 itu. Doakan saya kuat ya semua,” katanya lagi.
Netizen tampil beri sokongan dan bantuan
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa simpati dan memberikan kata-kata semangat agar lelaki itu terus kuat menghadapi ujian hidup.
Tidak kurang juga yang meminta maklumat kod QR untuk menyalurkan sumbangan bagi membantu menampung kos pembaikan motosikal tersebut.
Ada juga yang mengingatkan lelaki itu supaya mengamalkan doa Nabi Musa agar dipermudahkan urusan dan dilapangkan dada ketika berdepan kesempitan hidup.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN:
Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Kredit: Tiktok
@diaririderbangkit5 "Allahuakbar, berat sungguh rasa dada tadi. Atas bukit Federal Highway ni, dengan motor yang tiba-tiba mati, syaitan bisik suruh terjun je tamatkan semua beban ni. Rasa buntu sangat sebab baru je nak mula cari rezeki lepas akaun Grab aktif pagi ni. Tapi saya sedar, saya tak boleh pentingkan diri. Ada amanah yang menunggu saya balik. Saya gagahkan juga tolak motor ni walaupun tak tahu macam mana nak cari modal repair RM2 ribu tu. Doakan saya kuat ya semua. Ujian ini berat, tapi saya kena lebih kuat dari ujian ini." #PerjuanganHidup #Dugaan #GrabMalaysia #FederalHighway #JanganPutusAsa
♬ Hujan Tangis - Ziell Ferdian
Tarziman —06/02/2026, 02.57PM
PROTON Buka Tahun 2026 Dengan Prestasi Mengejutkan

PROTON memulakan tahun 2026 dengan momentum luar biasa apabila mencatat jualan kumpulan sebanyak 19,833 unit pada Januari, sekali gus menjadi jualan bulanan tertinggi jenama itu dalam tempoh 15 tahun.
Pencapaian ini menunjukkan peningkatan 35.3 peratus berbanding Disember 2025, dan hampir dua kali ganda berbanding Januari tahun sebelumnya yang mencatat 9,918 unit.
Pegangan Pasaran PROTON Cecah Lebih 30 Peratus
Seiring lonjakan jualan tersebut, pegangan pasaran PROTON dianggarkan sekitar 30.6 peratus, iaitu antara yang tertinggi pernah direkodkan sejak Januari 2012.
Angka ini turut mencerminkan permulaan positif terhadap sasaran PROTON untuk menjual 200,000 unit kenderaan sepanjang 2026.
Proton Saga Jadi Tulang Belakang Jualan
Model paling laris PROTON, Proton Saga 2026, menjadi penyumbang utama kepada kejayaan ini apabila mencatat 10,285 unit jualan dalam sebulan, rekod bulanan tertinggi model tersebut.
Sejak pelancaran rasminya pada November 2025, lebih 19,000 unit Saga telah diserahkan kepada pelanggan, bersamaan satu unit dihantar hampir setiap lima minit.
Momentum tempahan juga kekal kukuh dengan hampir 100,000 tempahan diterima setakat ini.
SUV Siri X & Sedan Siri S Turut Menyumbang
Selain Saga, model lain PROTON turut mencatat peningkatan jualan yang memberangsangkan.
Proton X50 merekodkan 2,429 unit, peningkatan hampir 70 peratus tahun ke tahun, manakala Proton X70 mencatat 672 unit.
Proton S70 pula mencatat bulan terbaiknya sejak Mei 2025 dengan 1,604 unit terjual, menunjukkan sambutan positif terhadap sedan berorientasikan prestasi.
Model perdana Proton X90 turut mencatat pertumbuhan apabila 252 unit berjaya dijual sepanjang Januari.
Strategi Produk & Teknologi Mula Menjadi
Pengurusan PROTON memaklumkan kejayaan awal ini adalah hasil strategi pembaharuan barisan produk, termasuk penawaran kenderaan enjin pembakaran dalaman dan elektrik, serta komunikasi teknologi yang lebih jelas kepada pengguna.
PROTON juga memberi tumpuan kepada pengeluaran tempatan bagi memastikan harga kekal kompetitif tanpa menjejaskan kualiti.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.



