Rafizi Ramli Dedah Caprice ‘Kejar’ Nak Jumpa – Siap Minta Private Coffee & Hantar Mesej Sindiran
Dakwaan Cubaan Berulang Kali Untuk Bertemu
KUALA LUMPUR – Rafizi Ramli mendedahkan bahawa Caprice didakwa beberapa kali cuba mendapatkan pertemuan melalui pegawainya ketika beliau masih memegang jawatan dalam kerajaan.
Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, Caprice atau Ariz Ramli menghantar mesej pada 4 Januari 2024 untuk berjumpa dengan pegawainya dan menyentuh tentang pembentangan sistem subsidi yang pernah dibuat kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri.
Namun, permintaan tersebut tidak dilayan.
Minta “Private Coffee” & Name-Drop Menteri

Rafizi turut mendakwa Caprice mengaitkan nama Mohamad Sabu dalam pembentangan aplikasi pertanian dikenali sebagai YouFarm.
Lebih mencuri perhatian apabila Caprice meminta “private coffee session” dengan pegawainya atas alasan mahu menunjukkan “what else i’ve been doing for Madani”.
“Siap cakap ‘I really wanna show u’,” kata Rafizi.
Mesej Sindiran Yang Curi Tumpuan
Menurut Rafizi, Caprice sekali lagi menghantar mesej pada 9 Julai 2024.
“Yoooo”. “Rafizi really needs a rebranding bruv”,” tulis mesej tersebut.
Beliau turut mendakwa cubaan untuk mendapatkan pertemuan itu berlarutan sehingga 4 Mei 2025.
Pendedahan ini segera mencetuskan pelbagai tafsiran dalam kalangan netizen, sama ada ia sekadar usaha biasa untuk berhubung atau sesuatu yang lebih daripada itu.
Kritikan Terbuka Terhadap Influencer Politik
Rafizi secara terbuka menyentuh tentang fenomena pempengaruh dalam politik.
Katanya, masyarakat memang mudah terpengaruh kerana mempengaruhi itu adalah kerja mereka.
Namun beliau memberi peringatan agar orang ramai melihat kepada konsistensi sebelum menilai seseorang dalam isu kepimpinan.
“Tapi kalau pasal politik, kepimpinan, sebelum buat keputusan, perhatikan dia konsisten ke tidak. Sebab memang ada pempengaruh macam ni. Semua ni bagi dia job je.
“Hari ni dia lambung Madani, esok kalau kerajaan bertukar dia lanyak Madani. Yang bodoh ialah orang-orang politik juga yang dok cari dan bagi job kepada pempengaruh macam ni,” katanya.
Kenyataan itu menambah lagi api dalam perdebatan tentang hubungan antara influencer dan politik, khususnya apabila melibatkan cubaan untuk mendekati figura berpengaruh.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN:
Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Kredit: Threads
Video :
Tarziman —24/02/2026, 12.58PM
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.



