· · ·

Konten Tidak Berpuasa Makin Berani, Netizen Tegur Soal Adab Ramadan

Semakin Berani Tayang Tidak Berpuasa

Trend menunjukkan diri tidak berpuasa secara terbuka di media sosial semakin menjadi jadi.

Sebelum ini, dua remaja mencetuskan perhatian apabila membuat siaran langsung sambil mengaku tidak berpuasa. Kini, muncul pula beberapa konten lain yang menjadikan isu tidak berpuasa sebagai bahan hiburan untuk meraih perhatian warganet.

Terbaru, satu lagi video tular memaparkan individu secara terbuka makan dan minum di siang hari Ramadan, malah ada yang berbangga melakukan demikian ketika berada di pusat snooker.

Netizen Anggap Tidak Hormat Ramadan

Ramai netizen meluahkan rasa kurang senang dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai biadap serta tidak menghormati kesucian bulan Ramadan.

Ada yang berpendapat bahawa walaupun seseorang itu tidak berpuasa atas sebab tertentu, ia tidak wajar dijadikan bahan tontonan umum.

“Dulu ada sahaja orang tidak berpuasa namun tidaklah sampai nak tunjuk kepada orang,” tulis seorang pengguna media sosial.

Seorang lagi berkata, “Ada orang bermati matian mempertahankan negara dalam puasa. Ada pihak pula abaikan puasa. Kita tidak pasti akan dapat puasa tahun hadapan atau dapat lagi tak sambut bulan Ramadan.”

Soal Adab Dan Sensitiviti

Dalam satu lagi kes, seorang wanita mengakui dia sedang berpantang dan tidak berpuasa. Namun netizen tetap mempersoalkan tindakan membuat siaran langsung sambil makan.

“Faham kakak tidak berpuasa tetapi tidak patut rasanya nak makan buat live macam ini. Boleh sahaja makan senyap senyap,” tulis seorang netizen.

Dalam Islam, Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga menuntut umatnya menjaga adab, akhlak dan sensitiviti terhadap orang lain.

Walaupun terdapat keuzuran syarie yang membolehkan seseorang tidak berpuasa, memperlihatkan secara terbuka perbuatan makan dan minum di khalayak umum ketika orang lain sedang berpuasa dianggap oleh sesetengah pihak sebagai kurang beradab.

Ramadan Bulan Ujian Diri

Ramadan adalah bulan tarbiah, bulan menahan diri bukan sahaja daripada makan dan minum, tetapi juga daripada perkara yang boleh mengguris hati orang lain.

Fenomena konten tidak berpuasa ini menimbulkan persoalan tentang sejauh mana generasi hari ini memahami makna sebenar Ramadan dan konsep menghormati bulan yang penuh keberkatan ini.

Perdebatan ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat bukan sekadar menilai hukum, tetapi juga soal adab dan sensitiviti dalam berkongsi kehidupan di media sosial.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:

Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit: Twitter

Video : 

 


Tarziman —25/02/2026,  11.31AM

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:  Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit: Threads


Tarziman —05/02/2026,  03.47PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos