· · ·

Agy Dikecam, Netizen Dakwa Lagu Raya Influencer ‘Bernanah’kan Telinga

Trend Baru Atau Sekadar Kejar Konten?

Sudah menjadi satu trend baharu apabila setiap kali menjelang Aidilfitri, pempengaruh media sosial tampil dengan lagu raya sendiri.

Namun tahun ini, gelombang tersebut tidak disambut dengan tepukan gemuruh, sebaliknya dengan kecaman terbuka daripada netizen yang menganggap ia sekadar ‘projek populariti’.

Ramai mempersoalkan, adakah setiap influencer kini wajib ada lagu raya semata-mata untuk kekal relevan?

Netizen Dakwa ‘Menyampah’ Dengan Lambakan Lagu Raya

Di media sosial, ramai meluahkan rasa jengkel melihat pempengaruh berlumba-lumba melancarkan lagu raya.

Ada yang menyindir, “Sedap lagu raya ni, cuma kalau boleh keluarkan 6 bulan akan datang.”

Sindiran itu jelas menggambarkan rasa tidak puas hati terhadap kualiti lagu yang dihasilkan.

Nama 

Agy

 Turut Dipetik

Antara nama yang menjadi sasaran kecaman ialah Agy apabila netizen mendakwa lagu rayanya mencabar kesabaran mereka sepanjang bulan puasa.

Beberapa pengguna media sosial berpendapat lagu tersebut tidak kena dengan jiwa raya dan terlalu sarat dengan elemen moden yang dianggap berlebihan.

“Aduh, tak boleh ke lagu lagu raya ni just buat minimalist, simple, sopan dan tak berlebih lebihan,” tulis seorang netizen.

“Lagu raya sepatutnya menzahirkan raya bersyukur selepas sebulan bertungkus lumus berpuasa. Kau tak payahlah masukkan elemen moden. Saya lebih suka kalau lagu itu ringkas dan manis serta terselit mesej bermakna di dalamnya,” tambah seorang lagi.

‘Serah Pada Penyanyi Sebenar’

Sebahagian netizen turut mencadangkan agar influencer berhenti menghasilkan lagu raya dan menyerahkan tugas tersebut kepada penyanyi profesional.

Malah ada yang menggunakan ungkapan keterlaluan dengan mendakwa telinga mereka “bernanah” selepas mendengar lagu raya tersebut.

Walaupun mungkin hanya sekadar hiperbola, reaksi keras ini menunjukkan tidak semua trend mampu diterima baik oleh masyarakat.

Persoalannya kini, adakah trend lagu raya influencer ini akan berterusan, atau akan mula ditapis oleh reaksi netizen sendiri?

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:

Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit: Twitter

Video : 

 

 


Tarziman —25/02/2026,  11.31AM

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:  Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit: Threads


Tarziman —05/02/2026,  03.47PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos