· · ·

Individu Dedah Amira Othman Sering Sedekah Di Masjid – ‘Dia Selalu Tukar Telekung & Sejadah Baru’

Individu Dedah Sisi Baik Amira Othman

Nama penyanyi dan pelakon Amira Othman sekali lagi menjadi perhatian selepas seorang individu tampil mempertahankan dirinya di media sosial.

Menerusi satu perkongsian di Threads, individu tersebut mempersoalkan mengapa Amira sering menjadi sasaran kecaman sedangkan ramai yang mengenalinya menyifatkan dirinya sebagai seorang yang baik dan tidak pernah mencari masalah dengan orang lain.

Sering Tinggalkan Telekung Dan Sejadah Baru

Menurut individu itu, Amira atau nama penuhnya Nadia Amira Othman mempunyai satu amalan yang mungkin tidak diketahui ramai.

Katanya, Amira sering membawa telekung dan sejadah baharu di dalam kereta. Setiap kali dia singgah di surau atau masjid, dia akan menggantikan telekung atau sejadah lama yang sudah uzur dengan yang baharu.

“Entah la, setahu saya Amira Othman sangat baik. Masih ingat dalam kereta dia ada telekung dengan sejadah yang baru.”

“Setiap kali pergi surau atau masjid, dia mesti tukarkan dengan yang baru.”

Menurut individu itu lagi, amalan tersebut sudah dilakukan Amira sejak sebelum dia menjadi terkenal.

Netizen Kongsi Pengalaman Bertemu Amira

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut berkongsi pengalaman mereka bertemu dengan Amira.

Rata-rata menyifatkan penyanyi lagu Bila Nak Kahwin itu sebagai seorang wanita yang beradab dan rendah diri walaupun sudah dikenali ramai.

Ada juga yang berpendapat kecaman yang diterima oleh Amira mungkin merupakan ujian dalam hidupnya.

“Allah uji sebab sayang,” tulis seorang pengguna media sosial.

Kebaikan Yang Jarang Diketahui

Perkongsian tersebut sekali gus membuka mata ramai bahawa tidak semua perkara baik yang dilakukan seseorang akan diketahui umum.

Bagi sesetengah pihak, amalan kecil seperti menggantikan telekung dan sejadah lama di masjid mungkin kelihatan sederhana, namun ia tetap memberi manfaat kepada ramai jemaah yang menggunakan kemudahan tersebut setiap hari.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:

Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit: THREADS

Video : 


Tarziman —04/03/2026,  02.11PM

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:  Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit: Threads


Tarziman —05/02/2026,  03.47PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos