· · ·

“Dah Urus Semua, Kenapa Masih Kutip Derma?” – Mutawif Persoal Dakwaan Jemaah Malaysia Terkandas Di Jeddah

Kisah Jemaah Malaysia Terkandas Di Jeddah Jadi Perhatian

Isu sekumpulan jemaah Malaysia yang dikatakan terkandas di Jeddah mula menjadi perhatian ramai selepas seorang wanita membuat perkongsian di media sosial meminta bantuan orang ramai.

Wanita tersebut mendakwa dia bersama beberapa jemaah lain berdepan kesukaran selepas penerbangan pulang dibatalkan sehingga menyebabkan mereka kehabisan wang untuk menampung kos kehidupan di sana.

Malah, perkongsian itu turut mengundang simpati ramai sehingga ada individu yang dikatakan menyumbang wang dalam jumlah besar, termasuk transaksi mencecah RM1,000.

Mutawif Tampil Dedah Versi Berbeza

Namun begitu, situasi tersebut mula dipersoalkan selepas seorang lelaki dikenali sebagai Ammar tampil memberikan penjelasan yang berbeza.

Menurut Ammar yang juga seorang mutawif, dia sendiri merupakan antara jemaah yang terkandas di Jeddah, namun menaiki penerbangan dengan syarikat yang berbeza.

Dia menjelaskan bahawa wanita tersebut sebenarnya berada di bawah agensi pelancongan yang sama dengannya dan segala kebajikan jemaah telah diuruskan dengan baik.

Dakwa Penginapan Dan Makanan Ditanggung

Ammar mendakwa pada hari pertama dan kedua selepas penerbangan dibatalkan, pihak agensi pelancongan telah menyediakan penginapan hotel serta menanggung makanan untuk para jemaah.

“Ketua kumpulan cuba bincang untuk dengan saudari saya ini. Tapi dia buat endah tak endah lah. Dia tetap nak posting di TikTok untuk dia punya inilah.

“So, dia tak boleh nak berbincang. Sebenarnya, hari yang kedua, hari yang pertama dan hari yang kedua syarikat tanggung, hotel, makan minum, semua tanggung,” jelasnya.

Emirates Ambil Alih Penginapan Selepas Itu

Menurutnya lagi, bagi baki beberapa hari berikutnya, pihak syarikat penerbangan Emirates pula mengambil alih tanggungjawab dengan menyediakan penginapan di hotel mewah.

Oleh itu, Ammar mempersoalkan dakwaan bahawa jemaah tersebut seolah-olah ditinggalkan tanpa bantuan sehingga terpaksa meminta derma daripada rakyat Malaysia.

“Dan tak ada istilah saudari duduk di tepi jalan, mengemis, meminta. Saya rasa peliknya saudari mengatakan seolah-olah travel agency dan pengurusan penerbangan tak bagi langsung penginapan dan makanan. Dan saudari juga meminta-minta pada rakyat Malaysia lah posting untuk balik dan sebagainya,” katanya.

Tiket Pulang Sudah Disahkan

Ammar turut memaklumkan bahawa tiket penerbangan pulang ke Malaysia sebenarnya sudah disahkan.

Menurutnya, kumpulan jemaah yang terkandas dijadualkan berlepas dari Jeddah pada 5 Mac sekitar jam 4:15 pagi waktu tempatan.

“So, semua orang terkandas di Jeddah. Tapi tak adalah terpaling terkandas. Terpaling terkandas. So, makanan disediakan. Saya boleh tampilkanlah bukti-bukti tiket. Yang mana tiket yang diberitahu oleh group leader saudari,” katanya lagi.

Persoal Tujuan Kutip Sumbangan

Ammar juga mendakwa dia telah cuba menjelaskan perkara sebenar di ruangan komen hantaran wanita tersebut.

Namun, menurutnya, komen tersebut dipadam beberapa kali.

Perkara itu membuatkan dia mula mempersoalkan apakah tujuan sebenar wanita tersebut memuat naik kisah berkenaan sambil meminta bantuan kewangan daripada orang ramai.

“So, saya nak tanyalah apa sebenarnya nak ni. Nak scam orang ke? Nak cerita kebenaran sebenarnya. So, janganlah buat macam ni,” katanya.

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:

Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit: Tiktok

Video : 


Tarziman —04/03/2026,  02.11PM

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:  Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit: Threads


Tarziman —05/02/2026,  03.47PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos