· · ·

Wanita Terkandas Jeddah Mohon Maaf Isu Dana

“Saya Mohon Maaf” – Wanita Ini Tampil Beri Penjelasan Isu Minta Bantuan Ketika Terkandas Di Jeddah

Isu melibatkan sekumpulan jemaah umrah dari Malaysia yang terkandas di Jeddah baru-baru ini mendapat perhatian meluas di media sosial.

Sebelum ini, seorang wanita bersama neneknya dan kira-kira 27 jemaah lain dilaporkan terkandas selepas ruang udara ditutup sehingga menyebabkan penerbangan pulang ke Malaysia tertangguh.

Situasi itu menjadi lebih hangat apabila wanita berkenaan memuat naik video memohon bantuan dana daripada orang ramai dengan alasan mereka tidak mempunyai penginapan serta makanan sepanjang tempoh terkandas.

Dakwaan Syarikat Umrah Sebenarnya Sediakan Hotel Dan Makanan

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu muncul pula dakwaan daripada pihak lain yang mengatakan syarikat umrah serta syarikat penerbangan sebenarnya telah menyediakan penginapan hotel termasuk makan dan minum untuk para jemaah.

Malah, tiket penerbangan pulang juga dikatakan telah disediakan tanpa memerlukan sebarang bayaran tambahan daripada para jemaah.

Perkara tersebut sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen mengenai situasi sebenar yang berlaku.

Wanita Tampil Jelaskan Situasi Sebenar

Terbaru, wanita dikenali sebagai Chayen tampil memberikan penjelasan mengenai apa yang sebenarnya berlaku di pihaknya.

Menurut Chayen, tindakan memohon bantuan daripada orang ramai dilakukan kerana dia berada dalam keadaan cemas ketika itu.

Dia menjelaskan bahawa niat asalnya meletakkan QR kod bank hanyalah untuk membantu jemaah yang semakin kekurangan wang sepanjang tempoh mereka terkandas di sana.

Chayen juga mengakui kesilapannya kerana bertindak tanpa membuat semakan yang lebih mendalam terlebih dahulu.

“Saya betul-betul minta maaf kerana tidak berfikir panjang untuk membuat sesuatu perkara. Saya tak buat research yang lebih mendalam terhadap pros and cons di sebalik tindakan yang saya buat.”

Panik Kerana Diberitahu Hotel Ditanggung Dua Hari Sahaja

Menurut Chayen, video pertama dimuat naik selepas pihaknya dimaklumkan bahawa penginapan hotel serta makan minum hanya akan ditanggung selama dua hari sahaja.

Keadaan tersebut menyebabkan dia berasa panik kerana tidak mengetahui apa yang akan berlaku selepas tempoh tersebut.

“Berkenaan hotel, apabila kami para jemaah sudah mendapat arahan untuk keluar daripada hotel kami tidak mendapat jawapan daripada travel agency di mana kami akan tinggal esok. Tiada status tentang kediaman kami.”

Tambahnya lagi, selepas video tersebut tular dan mendapat perhatian ramai termasuk daripada beberapa pihak berkaitan, barulah status penerbangan pulang mereka dimaklumkan.

“Selepas saya beritahu dalam group bahawa Dr Akmal Salleh hubungi saya tanya keadaan kami di sini, barulah pihak travel agency beritahu kami tentang status tiket penerbangan di mana kami akan pulang pada esok hari. Syarikat juga akan menanggung penginapan dan makan minum kami sebelum pulang ke tanah air.”

Nafi Tuduhan Scam, Sedia Pulangkan Wang Sumbangan

Chayen turut menegaskan bahawa dia langsung tidak menyentuh wang yang diterima daripada orang ramai.

Malah, dia turut berkongsi tangkap layar jumlah dana yang diterima yang dianggarkan sekitar RM32,000.

Bagi memastikan semuanya telus, Chayen memohon sesiapa yang pernah menyumbang untuk menghantar mesej berserta resit bayaran supaya wang tersebut dapat dipulangkan semula.

Menurutnya lagi, selepas isu tersebut menjadi tular, para jemaah akhirnya mendapat bantuan sepenuhnya daripada pihak yang sepatutnya.

“Alhamdulillah selepas penularan video saya, jemaah telah pun ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang sepatutnya.”

Harap Syarikat Lebih Proaktif Dalam Beri Maklumat

Dalam masa sama, Chayen turut berharap pihak syarikat umrah dapat mengambil pengajaran daripada insiden tersebut.

Menurutnya, pihak pengurusan perlu lebih proaktif dalam memberikan maklumat kepada jemaah agar mereka tidak berada dalam keadaan tertanya-tanya mengenai status perjalanan mereka.

Walaupun berdepan pelbagai kecaman di media sosial, Chayen menegaskan bahawa apa yang berlaku adalah satu ujian buat dirinya dan dia sama sekali tidak berniat untuk menipu orang ramai.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:

Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit : Tiktok

Video :

@chayennn6

Berikut merupakan video panjelasan daripada saya 🙏🏻

♬ original sound - Chayen - Chayen


Tarziman —09/03/2026,  02.24PM

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:  Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit: Threads


Tarziman —05/02/2026,  03.47PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos