· · ·

Diana Danielle Akui Sedang Kenal Hati Budi Ahli Perniagaan, “Saya Dah Move On”

Diana Danielle Sedia Buka Lembaran Baharu

Selepas melalui fasa perceraian yang menjadi perhatian ramai sebelum ini, pelakon Diana Danielle kini dilihat semakin tenang menjalani kehidupannya.

Malah, aktres berusia 35 tahun itu mengakui dia sudah bersedia untuk membuka lembaran baharu dan memberi peluang kepada dirinya untuk kembali mengenali seseorang.

Perkongsian tersebut dibuat ketika Diana ditemui media pada sidang media single terbaharunya.

Akui Sedang Kenali Seorang Ahli Perniagaan

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson tidak menafikan bahawa dia kini sedang mengenali seorang lelaki yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Menurut Diana, hubungan tersebut bukanlah sesuatu yang perlu disembunyikan kerana perkenalan itu sudah berlangsung hampir setahun.

“Perkara itu bukanlah sesuatu yang besar bagi saya dan saya rasa ia juga tidak salah, memandangkan sudah hampir setahun rasanya bab itu (perceraian) berlalu dalam hidup saya.

“Saya fikir sudah sampai masanya, malah saya sudah bersedia untuk ‘move on’. Saya sudah berkenalan dengan seseorang yang sesuai, jadi kita boleh buat keputusan sendiri.”

Kenyataan tersebut sekali gus memberi gambaran bahawa Diana kini berada dalam fasa kehidupan yang lebih positif selepas melalui episod perpisahan sebelum ini.

Tidak Mahu Terburu-buru Dalam Hubungan

Walaupun sedang mengenali seseorang, Diana menegaskan bahawa dia tidak mahu terburu-buru membuat sebarang keputusan.

Baginya, pengalaman lalu membuatkan dia lebih berhati-hati terutama apabila melibatkan kepercayaan terhadap orang baharu.

“Saya rasa memang susah untuk dia (membuka hati), kerana bagi saya susahnya sebab hendak percayakan orang baru. Saya pun ada anak, jadi takut ada isu-isu dan sebagainya.

“Jadi, saya cuba untuk uruskan perkara ini dengan sangat perlahan, berhati-hati, cuba untuk tak salah langkah dan tak salah buat keputusan.”

Jelas Diana lagi, buat masa ini dia masih mengekalkan sempadan tertentu antara hubungan tersebut dengan kehidupan keluarganya.

Tidak Campur Urusan Anak Dengan Hubungan Baharu

Diana turut menjelaskan bahawa dia memilih untuk tidak mencampur adukkan hubungan baharunya dengan urusan anak-anak.

Menurutnya, lelaki tersebut buat masa ini lebih banyak meluangkan masa bersamanya sahaja.

“Bagi saya sekarang ini, dia lebih banyak dengan saya sahaja. Dia tidaklah dengan anak-anak atau sebagainya, saya tak campur adukkan perkara itu.”

Keputusan itu diambil bagi memastikan semua perkara berjalan secara perlahan dan matang tanpa menimbulkan sebarang isu di kemudian hari.

Single Raya Baharu Jadi Perhatian

Dalam perkembangan lain, Diana turut muncul dengan single baharu sempena Hari Raya Aidilfitri berjudul Raya Macam Mana?.

Lagu tersebut menampilkan kolaborasi bersama penyanyi rap yang semakin meningkat naik, Francis Roman.

Gabungan tersebut memberi pendekatan yang lebih segar kepada karya Raya yang dibawakan oleh Diana tahun ini.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:

Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit : OhBulan

Video :


Tarziman —11/03/2026,  02.24PM

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:  Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit: Threads


Tarziman —05/02/2026,  03.47PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos