· · ·

​​‘Saya Tidak Lagi Bersama Dia’ – DJ Kidd & Emma Dah Putus?

Tiba-Tiba Buat Pengakuan Mengejutkan

Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba nama DJ Kidd jadi bualan selepas dia sendiri tampil beri kenyataan tentang status hubungan cintanya. Ramai yang terkejut sebab sebelum ini tak ada pula isu besar yang timbul melibatkan dirinya.

“Saya Tidak Lagi Bersama Dia”

Menerusi satu hantaran di Threads awal pagi tadi, DJ Kidd memaklumkan bahawa dia kini sudah tidak lagi bersama pasangannya. Kenyataan itu dibuat selepas dia dihujani soalan daripada orang ramai yang asyik bertanya tentang teman wanitanya. “Di sini saya nak memaklumkan, di mana saja saya berada, orang sibuk tanya saya, di manakah pasangan saya. Saya berbesar hati ingin memberitahu yang saya tidak lagi bersama dia. Jadi saya harap tiada lagi persoalan selepas ini,” katanya.

Tetap Doakan Yang Terbaik

Walaupun hubungan tersebut sudah berakhir, DJ Kidd dilihat masih tenang dan tidak menyimpan sebarang rasa negatif. Malah dia turut mendoakan kebahagiaan bekas pasangannya itu. “Dan saya juga mendoakan kebahagiaan dia bersama siapa jua dia bersama. Amin,” ujarnya.

Netizen Terus Kaitkan Dengan Emma

Walaupun DJ Kidd tidak menyebut sebarang nama, ramai netizen terus mengaitkan kenyataan itu dengan pelakon Emma Maembong. Ini kerana sebelum ini mereka sering dilihat rapat dan mesra bersama.

Pernah Tular Isu Hubungan

Terdahulu, hubungan mereka mula jadi perhatian selepas beberapa gambar percutian bersama di luar negara tersebar. Lebih panas lagi apabila muncul dakwaan kononnya mereka sudah bernikah secara senyap. Namun Emma tampil menafikan perkara tersebut dan menjelaskan bahawa tiada sebarang ikatan perkahwinan antara mereka. Emma juga pernah dilihat beberapa kali hadir ke kelab malam untuk beri sokongan kepada DJ Kidd, yang lagi menguatkan spekulasi hubungan mereka sebelum ini.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:

Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit : Threads

Video :


Tarziman —17/03/2026,  12.58PM

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:  Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit: Threads


Tarziman —05/02/2026,  03.47PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos