“Saya Mahu Keadilan” – Luahan Isteri Mangsa Maut Dirempuh Pemandu Mabuk Dan Bawah Pengaruh Dadah
“Saya Mahu Keadilan Untuk Suami”

Isteri kepada mangsa kemalangan maut di Jalan Raya Barat, Klang, Nor Nadia Abdul Majid tampil meluahkan rasa sedih dan menuntut keadilan buat arwah suaminya, Amirul Hafiz Omar, 33. Katanya, dia tidak mahu kes tersebut berlalu begitu sahaja dan berharap hukuman lebih tegas dikenakan terhadap pemandu mabuk bagi mengelakkan tragedi sama berulang. “Saya mahukan keadilan untuk suami dan anak-anak. Saya tak mahu ia berlalu begitu sahaja,” katanya sambil memaklumkan bahawa dia juga sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang dengan bantuan peguam.
Pergi Beli Buku Anak, Tak Sangka Itu Kali Terakhir
Menurut Nor Nadia, suaminya keluar rumah sekitar jam 10 pagi untuk membeli buku Matematik anak mereka di Shah Alam. Mereka sempat berhubung beberapa minit sebelum jam 11 pagi apabila arwah menghantar mesej berkaitan dokumen, namun selepas itu dia gagal dihubungi. Tidak lama kemudian, dia menerima panggilan daripada polis trafik yang memaklumkan suaminya terlibat dalam kemalangan. “Saya ingatkan panggilan itu scam, tapi bila dia sebut nama suami, saya terus rasa tak sedap hati. Dia beritahu suami saya sudah tiada dan masa itu memang saya tak boleh terima, remuk hati saya,” katanya sebak.
Tinggalkan Tiga Anak Kecil, Keluarga Harap Keadilan
Nor Nadia kini perlu membesarkan tiga anak berusia dua hingga sembilan tahun yang masih belum memahami kehilangan bapa mereka. “Anak saya ingat ayah sakit, mereka tak faham lagi. Saya kena kuat demi mereka,” katanya. Ibu arwah, Faridah Ahmad, turut berkongsi momen terakhir bersama anaknya yang sempat meminta maaf kerana sibuk mencari rezeki. Jenazah Amirul Hafiz telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Repoh, manakala pihak keluarga berharap siasatan dijalankan dengan telus dan hukuman setimpal dikenakan terhadap pelaku. Wakil Ahli Parlimen Larut turut memaklumkan bantuan akan disalurkan kepada keluarga mangsa.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Kredit : Harian Metro
Tarziman —31/03/2026, 02.23PM
Video Budak Bagi Duit Raya Jadi Perdebatan
Satu video tular memaparkan seorang kanak-kanak Malaysia berkongsi rezeki dengan memberi duit raya telah mencuri perhatian ramai. Perbuatan tersebut pada asalnya dipuji sebagai satu amalan murni yang melambangkan budaya masyarakat Malaysia, namun situasi bertukar apabila muncul tuduhan dari seorang pengguna media sosial luar negara yang mendakwa ia hanyalah gimik.
Netizen Tuduh Semua Dah ‘Setup’
Dalam satu tangkap layar yang dikongsikan, individu tersebut menuduh kandungan video itu telah dirancang oleh pencipta konten untuk kelihatan baik di mata orang ramai. Dia turut mempertikaikan tindakan kanak-kanak itu membawa sampul duit raya untuk diberikan kepada orang asing dan mendakwa semuanya sudah disediakan lebih awal sebagai sebahagian daripada skrip.
Creator Terus ‘Sekolahkan’ Balik
Dakwaan tersebut bagaimanapun tidak dibiarkan begitu sahaja apabila pencipta konten itu tampil mempertahankan video tersebut. Dia menegaskan bahawa apa yang berlaku adalah ikhlas dan spontan, bukan lakonan seperti yang dituduh. “Berani betul awak! Saya tidak pernah dan tidak akan sesekali memalsukan mana-mana video. Interaksi ini adalah ikhlas dan berlaku secara spontan!,” katanya.
Keikhlasan Masih Wujud
Insiden ini sekali lagi membuka mata ramai bahawa tidak semua perkara perlu dipandang negatif. Apa yang dilihat sebagai kebaikan kadang-kadang tetap dipersoalkan, namun hakikatnya masih ramai yang melakukan sesuatu dengan niat yang ikhlas tanpa sebarang agenda tersembunyi.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN:
Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Kredit : Instagram
Video :




