· · ·

Rody Kristal ‘Sound’ Lan Solo, Tolak Konsert OG Kristal

Rody Tampil Jawab Isu Dengan Lan Solo

Nama Rody Kristal sekali lagi menjadi perhatian apabila dipetik oleh bekas vokalis Kristal, Lan Solo yang sebelum ini mendakwa sudah merendahkan ego untuk menghubunginya bagi projek khas. Lan meluahkan rasa kecewa apabila Rody dilihat tidak berminat untuk bersatu kembali di atas pentas, malah mendakwa pelbagai alasan diberikan termasuk sibuk dan komitmen keluarga.

Persoal Konsert ‘Kristal OG’

Rody tampil memberikan penjelasan dengan mempersoalkan tujuan Lan mahu menganjurkan konsert Kristal OG. Katanya, barisan yang dicadangkan tidak lengkap kerana hanya Lan yang benar benar dianggap ahli asal, manakala nama lain seperti Izal dan Ainol tidak terlibat. Rody menegaskan bahawa Kristal masih wujud dan aktif di bawah kendaliannya walaupun penyanyi sudah bertukar, malah dia sendiri merupakan individu yang terus membawa nama band tersebut sejak dahulu.

“Kristal Adalah Saya”

Menurut Rody, Kristal diasaskan oleh ayahnya dan dia merasakan identitinya sangat sinonim dengan band tersebut. Dia juga menolak dakwaan kononnya memberi respon dingin, sebaliknya menjelaskan bahawa band itu sendiri belum bersedia untuk mengadakan konsert besar kerana kekurangan lagu original dan masih banyak bergantung kepada lagu saduran.

Tak Mahu Sekadar Nostalgia

Rody menjelaskan bahawa dia mempunyai impian untuk membina legasi besar seperti Wings dan Search dengan menghasilkan lebih banyak karya sendiri sebelum memikirkan konsert berskala besar. Dia tidak berminat untuk mengadakan konsert yang hanya bergantung kepada nostalgia atau menghimpunkan bekas ahli semata mata.

Minta Hormat Dan Fokus Hal Masing-Masing

Rody turut mengingatkan bahawa Lan sudah keluar daripada Kristal dan menubuhkan Kristal X. Katanya, kedua-dua pihak kini mempunyai haluan masing-masing dan sepatutnya saling menghormati. Dia juga menyatakan rasa kurang selesa apabila namanya terus dipetik walaupun dia tidak pernah menghalang Lan menggunakan nama Kristal X atau menyanyikan lagu lama mereka.

Akhirnya Pilih Haluan Berbeza

Di akhir kenyataannya, Rody menegaskan bahawa dia sudah tidak boleh bekerjasama dengan Lan Solo. Namun dari sudut persahabatan, dia tidak mempunyai masalah. Buat masa ini, Rody memilih untuk fokus membangunkan semula Kristal dan menghasilkan material baharu bagi mengukuhkan legasi band tersebut.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:  Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit : The Rakyat Post

Video : 


Tarziman —03/04/2026,  02.50PM

Video Budak Bagi Duit Raya Jadi Perdebatan

Satu video tular memaparkan seorang kanak-kanak Malaysia berkongsi rezeki dengan memberi duit raya telah mencuri perhatian ramai. Perbuatan tersebut pada asalnya dipuji sebagai satu amalan murni yang melambangkan budaya masyarakat Malaysia, namun situasi bertukar apabila muncul tuduhan dari seorang pengguna media sosial luar negara yang mendakwa ia hanyalah gimik.

Netizen Tuduh Semua Dah ‘Setup’

Dalam satu tangkap layar yang dikongsikan, individu tersebut menuduh kandungan video itu telah dirancang oleh pencipta konten untuk kelihatan baik di mata orang ramai. Dia turut mempertikaikan tindakan kanak-kanak itu membawa sampul duit raya untuk diberikan kepada orang asing dan mendakwa semuanya sudah disediakan lebih awal sebagai sebahagian daripada skrip.

Creator Terus ‘Sekolahkan’ Balik

Dakwaan tersebut bagaimanapun tidak dibiarkan begitu sahaja apabila pencipta konten itu tampil mempertahankan video tersebut. Dia menegaskan bahawa apa yang berlaku adalah ikhlas dan spontan, bukan lakonan seperti yang dituduh. “Berani betul awak! Saya tidak pernah dan tidak akan sesekali memalsukan mana-mana video. Interaksi ini adalah ikhlas dan berlaku secara spontan!,” katanya.

Keikhlasan Masih Wujud

Insiden ini sekali lagi membuka mata ramai bahawa tidak semua perkara perlu dipandang negatif. Apa yang dilihat sebagai kebaikan kadang-kadang tetap dipersoalkan, namun hakikatnya masih ramai yang melakukan sesuatu dengan niat yang ikhlas tanpa sebarang agenda tersembunyi.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:

Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit : Instagram

Video : 


Tarziman —30/03/2026,  02.09PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos