Kamal Adli ‘Sound’ Tareq Fit, Ajak Jumpa Depan-Depan
Isu ‘Engagement’ Cetus Perbalahan
Perbalahan antara pelakon Kamal Adli dan jurulatih kecergasan Tareq Fit kembali hangat selepas kenyataan Tareq dalam sebuah audio siar yang mendakwa golongan artis hanya mahukan ‘engagement’ dan perhatian di media sosial. Kenyataan itu nyata mengundang reaksi keras daripada Kamal yang tampil membalas secara terbuka.
Kamal Adli ‘Sound’ Balik, Ajak Jumpa
Menerusi hantaran di Threads, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, dilihat tidak berdiam diri apabila mempersoalkan dakwaan tersebut. “Ada orang salah bual ni. Kami yang nak engagement? Kau pasti ke?” katanya. Malah, Kamal turut menyindir dengan persoalan, “Kau ingat kau famous sangat ke, sampai kami nak tumpang kau? Kau siapa?” Dia juga menegaskan artis tidak memerlukan kontroversi untuk menaikkan nama dan mengajak Tareq untuk bersemuka. “Jom jumpa la bro,” tambahnya.
Sentuh Isu Lain, Makin Panas
Dalam masa sama, Kamal turut menyentuh isu lain termasuk dakwaan Tareq yang dikaitkan dengan promosi ebook serta mempersoalkan tindakan Tareq yang didakwa menyekatnya di media sosial. Konflik ini sebenarnya bermula apabila Kamal menegur Tareq agar memberi fokus kepada ibadah puasa, sebelum ia berlarutan apabila Tareq pula mempertikaikan kerjaya lakonan bersama wanita yang tidak menjaga aurat.
Artis Lain Turut Bersuara
Situasi menjadi lebih hangat apabila pelakon Remy Ishak turut tampil memberi pandangan selepas Tareq mempertikaikan sumber rezeki golongan seni. Perbalahan ini terus menarik perhatian netizen yang mengikuti perkembangan kedua-dua pihak.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Kredit : OhBulan
Video :
@ikstudio.my "Jangan Menjadi Lemah, Jangan Menjadi Emosi" - @tareqfit #podcast #podcastmalaysia #ikstudio tareqfit
♬ original sound - ikstudio - ikstudio
Tarziman —08/04/2026, 03.43PM
Video Budak Bagi Duit Raya Jadi Perdebatan
Satu video tular memaparkan seorang kanak-kanak Malaysia berkongsi rezeki dengan memberi duit raya telah mencuri perhatian ramai. Perbuatan tersebut pada asalnya dipuji sebagai satu amalan murni yang melambangkan budaya masyarakat Malaysia, namun situasi bertukar apabila muncul tuduhan dari seorang pengguna media sosial luar negara yang mendakwa ia hanyalah gimik.
Netizen Tuduh Semua Dah ‘Setup’
Dalam satu tangkap layar yang dikongsikan, individu tersebut menuduh kandungan video itu telah dirancang oleh pencipta konten untuk kelihatan baik di mata orang ramai. Dia turut mempertikaikan tindakan kanak-kanak itu membawa sampul duit raya untuk diberikan kepada orang asing dan mendakwa semuanya sudah disediakan lebih awal sebagai sebahagian daripada skrip.
Creator Terus ‘Sekolahkan’ Balik
Dakwaan tersebut bagaimanapun tidak dibiarkan begitu sahaja apabila pencipta konten itu tampil mempertahankan video tersebut. Dia menegaskan bahawa apa yang berlaku adalah ikhlas dan spontan, bukan lakonan seperti yang dituduh. “Berani betul awak! Saya tidak pernah dan tidak akan sesekali memalsukan mana-mana video. Interaksi ini adalah ikhlas dan berlaku secara spontan!,” katanya.
Keikhlasan Masih Wujud
Insiden ini sekali lagi membuka mata ramai bahawa tidak semua perkara perlu dipandang negatif. Apa yang dilihat sebagai kebaikan kadang-kadang tetap dipersoalkan, namun hakikatnya masih ramai yang melakukan sesuatu dengan niat yang ikhlas tanpa sebarang agenda tersembunyi.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN:
Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Kredit : Instagram
Video :




