· · ·

Scam RM64K: 4 Tahun Tanpa Permit, Siap Ada Lesen?

Mengaku Scam RM64K, Tapi Ini Yang Lagi Buat Orang Panas

Satu video tular mencetuskan kemarahan ramai apabila seorang lelaki dipercayai warga asing mengaku sendiri telah melakukan scam sehingga mangsa kerugian sekitar RM64,000. Dalam rakaman tersebut, dia berulang kali memohon maaf sambil mengakui mengambil emas seberat 130 gram serta wang tunai. Namun, bukan jumlah itu sahaja yang buat netizen berang, ada perkara lain yang lebih ‘mengganggu fikiran’.

Duduk 4 Tahun Tanpa Permit, Macam Mana Boleh Lepas?

Dalam video sama, lelaki itu turut mengaku sudah berada di Malaysia selama empat tahun tanpa permit sah. Alasannya, permit masih dalam proses tetapi syarikat yang menguruskan sudah bankrap walaupun bayaran telah dibuat. Di sinilah ramai mula persoal, macam mana seseorang boleh tinggal begitu lama tanpa status jelas tanpa sebarang tindakan?

Isu Lesen Memandu Buat Lagi Ramai Tak Puas Hati

Situasi jadi lebih panas apabila timbul dakwaan bahawa dia memiliki lesen memandu Malaysia yang dipercayai tidak sah. Netizen mula persoal logik di sebalik perkara ini, kalau permit pun tak ada, bagaimana pula boleh wujud lesen? Perkara ini membuka lebih banyak persoalan tentang kemungkinan wujud kelemahan dalam sistem.

Bukan Lagi Sekadar Scam, Tapi Isu Lebih Besar

Kes ini akhirnya bukan lagi dilihat sebagai satu jenayah scam semata-mata, tetapi telah bertukar menjadi perbualan besar tentang penguatkuasaan dan integriti sistem. Dengan pengakuan sendiri yang begitu jelas, ramai melihat kes ini sebagai sesuatu yang membimbangkan dan sukar diterima.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:  Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit : Facebook

Video : 


Tarziman —08/04/2026,  03.43PM

Video Budak Bagi Duit Raya Jadi Perdebatan

Satu video tular memaparkan seorang kanak-kanak Malaysia berkongsi rezeki dengan memberi duit raya telah mencuri perhatian ramai. Perbuatan tersebut pada asalnya dipuji sebagai satu amalan murni yang melambangkan budaya masyarakat Malaysia, namun situasi bertukar apabila muncul tuduhan dari seorang pengguna media sosial luar negara yang mendakwa ia hanyalah gimik.

Netizen Tuduh Semua Dah ‘Setup’

Dalam satu tangkap layar yang dikongsikan, individu tersebut menuduh kandungan video itu telah dirancang oleh pencipta konten untuk kelihatan baik di mata orang ramai. Dia turut mempertikaikan tindakan kanak-kanak itu membawa sampul duit raya untuk diberikan kepada orang asing dan mendakwa semuanya sudah disediakan lebih awal sebagai sebahagian daripada skrip.

Creator Terus ‘Sekolahkan’ Balik

Dakwaan tersebut bagaimanapun tidak dibiarkan begitu sahaja apabila pencipta konten itu tampil mempertahankan video tersebut. Dia menegaskan bahawa apa yang berlaku adalah ikhlas dan spontan, bukan lakonan seperti yang dituduh. “Berani betul awak! Saya tidak pernah dan tidak akan sesekali memalsukan mana-mana video. Interaksi ini adalah ikhlas dan berlaku secara spontan!,” katanya.

Keikhlasan Masih Wujud

Insiden ini sekali lagi membuka mata ramai bahawa tidak semua perkara perlu dipandang negatif. Apa yang dilihat sebagai kebaikan kadang-kadang tetap dipersoalkan, namun hakikatnya masih ramai yang melakukan sesuatu dengan niat yang ikhlas tanpa sebarang agenda tersembunyi.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:

Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit : Instagram

Video : 


Tarziman —30/03/2026,  02.09PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos