· · ·

Natxo Insa Terajang Medic, Video Jadi Perhatian Dunia

Insiden Di Padang Jadi Perhatian Dunia

Aksi panas berlaku ketika perlawanan antara Al Ahli menentang JDT apabila Jairo mengalami kecederaan serius selepas disepak oleh Al Majhrasi dengan libasan gunting di tengah padang. Dalam keadaan cemas itu, staf kejurulatihan dan pemain JDT segera meminta petugas perubatan untuk masuk membantu, namun situasi menjadi tegang apabila petugas medic dilihat lambat bertindak dan hanya saling memberi arahan sesama sendiri tanpa segera ke arah mangsa.

Natxo Insa Hilang Sabar, Terajang Medic

Keadaan itu akhirnya memuncak apabila Natxo Insa bertindak meluru ke arah petugas medic dan menyepak salah seorang daripada mereka sebelum mengambil pengusung dan bergegas ke arah Jairo. Tindakan tersebut mencetuskan pelbagai reaksi kerana ramai melihatnya sebagai tanda kemarahan terhadap kelewatan bantuan kecemasan. Pada masa sama, petugas perubatan JDT dilihat sudah berada di padang lebih awal untuk memberi rawatan, namun Jairo masih memerlukan bantuan tambahan yang lebih pantas.

Peminat Antarabangsa Persoal Tindakan Medic

Video insiden itu kemudian tular dan menarik perhatian peminat antarabangsa termasuk dari Saudi. Akaun NassrXtra menulis: “Di dunia apa ni, apabila petugas paramdeik cuma duduk dan 20 orang antara mereka cuma memberikan isyarat kepada satu sama lain untuk membantu pemain?” Seorang peminat dari Saudi turut mempersoalkan: “Kenapa dingin sangat respon daripada paramedik? Apa sebenarnya kegagalan yang berlaku daripada pihak mereka?” Sementara itu, seorang pengguna Reddit menjelaskan kronologi kejadian termasuk kelewatan ketibaan pasukan medik venue, sebelum menyimpulkan: “Tapi serius, apa sebenarnya yang dilakukan oleh pasukan medik venue? Apa yang mereka tunggu? Ini memang tugas utama mereka!” Insiden ini terus menjadi perdebatan hangat dengan ramai mempersoalkan tahap kesiapsiagaan bantuan kecemasan dalam perlawanan tersebut.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:  Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit : TheVocket

Video : 


Tarziman —20/04/2026,  02.54PM

Video Budak Bagi Duit Raya Jadi Perdebatan

Satu video tular memaparkan seorang kanak-kanak Malaysia berkongsi rezeki dengan memberi duit raya telah mencuri perhatian ramai. Perbuatan tersebut pada asalnya dipuji sebagai satu amalan murni yang melambangkan budaya masyarakat Malaysia, namun situasi bertukar apabila muncul tuduhan dari seorang pengguna media sosial luar negara yang mendakwa ia hanyalah gimik.

Netizen Tuduh Semua Dah ‘Setup’

Dalam satu tangkap layar yang dikongsikan, individu tersebut menuduh kandungan video itu telah dirancang oleh pencipta konten untuk kelihatan baik di mata orang ramai. Dia turut mempertikaikan tindakan kanak-kanak itu membawa sampul duit raya untuk diberikan kepada orang asing dan mendakwa semuanya sudah disediakan lebih awal sebagai sebahagian daripada skrip.

Creator Terus ‘Sekolahkan’ Balik

Dakwaan tersebut bagaimanapun tidak dibiarkan begitu sahaja apabila pencipta konten itu tampil mempertahankan video tersebut. Dia menegaskan bahawa apa yang berlaku adalah ikhlas dan spontan, bukan lakonan seperti yang dituduh. “Berani betul awak! Saya tidak pernah dan tidak akan sesekali memalsukan mana-mana video. Interaksi ini adalah ikhlas dan berlaku secara spontan!,” katanya.

Keikhlasan Masih Wujud

Insiden ini sekali lagi membuka mata ramai bahawa tidak semua perkara perlu dipandang negatif. Apa yang dilihat sebagai kebaikan kadang-kadang tetap dipersoalkan, namun hakikatnya masih ramai yang melakukan sesuatu dengan niat yang ikhlas tanpa sebarang agenda tersembunyi.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:

Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit : Instagram

Video : 


Tarziman —30/03/2026,  02.09PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos