Fenomena Ais Di Gunung Kinabalu Buat Ramai Teruja
Fenomena Ais Tular Di Gunung Kinabalu

Walaupun Malaysia terkenal sebagai negara beriklim tropika, satu fenomena luar biasa kembali mencuri perhatian apabila video pembekuan ais di Gunung Kinabalu tular di media sosial. Kejadian tersebut berlaku di Substesen Panalaban pada ketinggian kira-kira 3,272.7 meter dari aras laut, dengan beberapa rakaman menunjukkan ais yang membeku dan seakan menjalar di permukaan kawasan tersebut.
Berlaku Di Altitud Tinggi & Cuaca Tertentu
Difahamkan, fenomena ini dikongsikan oleh Pasukan Mountain and Cave Search and Rescue (MOCSAR) ketika menjalankan tugas sekitar jam 9.20 pagi Khamis. Menurut Sabah Perks, keadaan cuaca kering serta kelembapan udara yang rendah di kawasan altitud tinggi menyebabkan suhu turun dengan ketara, lalu membentuk ais pada tumbuhan dan sekitar base camp Panalaban. Fenomena ini bukan kali pertama berlaku, sebaliknya pernah terjadi sebelum ini terutama ketika cuaca cerah, kering dan suhu jatuh mendadak pada waktu malam hingga awal pagi.
Pendaki Dinasihatkan Lebih Bersedia
Susulan kejadian ini, pendaki diingatkan supaya lebih bersedia dengan keadaan cuaca sejuk di kawasan gunung. Antara saranan termasuk memakai pakaian sesuai, memastikan badan kekal hidrat dan sentiasa mematuhi arahan keselamatan daripada pihak Taman-Taman Sabah. Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa teruja dengan fenomena tersebut, dengan ada yang bertanya, “Wow..berapa darjah suhu tu beku ais disana,” manakala seorang lagi berkata, “Patutlah panas amat di lembah gunung.”
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Kredit : SiakapKeli
Video :
@songom65 Kepingan ais ditemui di beberapa lokasi sekitar puncak Gunung Kinabalu berikutan suhu sejuk mencecah ke takat beku hari ini. Penemuan ais di gunung tertinggi Malaysia itu dikongsikan Pasukan Mountain and Cave Search and Rescue (MOCSAR) ketika menjalankan tugas di sekitar Panalaban pada jam 9.20 pagi tadi. Penemuan ais di Gunung Kinabalu bukanlah perkara baharu, malah berlaku hampir setiap tahun terutama ketika musim kering apabila suhu di puncak gunung jatuh ke paras beku terutama pada awal pagi. #SONGOM #fypシ゚viralシ
♬ Beautiful view - olbatmusic
@info.x97 Kepingan ais ditemui di beberapa lokasi sekitar puncak Gunung Kinabalu berikutan suhu sejuk mencecah ke takat beku hari ini. Penemuan ais di gunung tertinggi Malaysia itu dikongsikan Pasukan Mountain and Cave Search and Rescue (MOCSAR) ketika menjalankan tugas di sekitar Panalaban pada jam 9.20 pagi tadi. Video dan gambar penemuan ais itu dikongsikan kepada Info X. Penemuan ais di Gunung Kinabalu bukanlah perkara baharu, malah berlaku hampir setiap tahun terutama ketika musim kering apabila suhu di puncak gunung jatuh ke paras beku terutama pada awal pagi.
♬ original sound - INFO X - INFO X
Tarziman —21/04/2026, 05.18PM
Video Budak Bagi Duit Raya Jadi Perdebatan
Satu video tular memaparkan seorang kanak-kanak Malaysia berkongsi rezeki dengan memberi duit raya telah mencuri perhatian ramai. Perbuatan tersebut pada asalnya dipuji sebagai satu amalan murni yang melambangkan budaya masyarakat Malaysia, namun situasi bertukar apabila muncul tuduhan dari seorang pengguna media sosial luar negara yang mendakwa ia hanyalah gimik.
Netizen Tuduh Semua Dah ‘Setup’
Dalam satu tangkap layar yang dikongsikan, individu tersebut menuduh kandungan video itu telah dirancang oleh pencipta konten untuk kelihatan baik di mata orang ramai. Dia turut mempertikaikan tindakan kanak-kanak itu membawa sampul duit raya untuk diberikan kepada orang asing dan mendakwa semuanya sudah disediakan lebih awal sebagai sebahagian daripada skrip.
Creator Terus ‘Sekolahkan’ Balik
Dakwaan tersebut bagaimanapun tidak dibiarkan begitu sahaja apabila pencipta konten itu tampil mempertahankan video tersebut. Dia menegaskan bahawa apa yang berlaku adalah ikhlas dan spontan, bukan lakonan seperti yang dituduh. “Berani betul awak! Saya tidak pernah dan tidak akan sesekali memalsukan mana-mana video. Interaksi ini adalah ikhlas dan berlaku secara spontan!,” katanya.
Keikhlasan Masih Wujud
Insiden ini sekali lagi membuka mata ramai bahawa tidak semua perkara perlu dipandang negatif. Apa yang dilihat sebagai kebaikan kadang-kadang tetap dipersoalkan, namun hakikatnya masih ramai yang melakukan sesuatu dengan niat yang ikhlas tanpa sebarang agenda tersembunyi.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN:
Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Kredit : Instagram
Video :




