Adira Tak Sangka, Datuk Red Tuntut RM100k Batal Rujuk
Isu Rujuk Jadi Panas, Muncul Tuntutan RM100k

Kemelut antara penyanyi terkenal Adira Suhaimi dan bekas suaminya, Datuk Red nampaknya masih belum menemui jalan penyelesaian. Terbaru, Adira mendedahkan satu syarat yang dianggap melampau dikenakan terhadapnya bagi menamatkan isu pengesahan lafaz rujuk yang sedang berjalan di mahkamah, sekali gus mengejutkan ramai pihak.
Adira Dakwa Syarat Tak Masuk Akal
Menurut Adira, dia diminta menggugurkan saman sivil terhadap bekas suaminya selain perlu membayar wang tunai RM100,000 untuk membatalkan rujuk tersebut. “Syaratnya ialah dia meminta saya menggugurkan saman sivil saya terhadap dia atas tuntutan hutang dan nak saya beri dia wang tunai RM100,000 untuk dia batalkan rujuk ini,” katanya. Adira mengakui dia tidak bersetuju dengan tuntutan itu kerana merasakan ia tidak logik, lebih-lebih lagi dia kini perlu menanggung empat orang anak tanpa bantuan. “Tergamaknya dia ya? Sanggup dia beri tuntutan terhadap bekas isteri yang bertungkus-lumus menjaga anak-anak tanpa menyusahkan dia pun sebenarnya,” luahnya lagi.
Saman Hutang Ratusan Ribu Masih Berjalan
Dalam masa sama, Adira turut menjelaskan bahawa saman sivil yang difailkan sebelum ini berkaitan tuntutan hutang melibatkan jumlah ratusan ribu ringgit, iaitu pinjaman yang dibuat selepas perceraian. “Untuk saman sivil itu berkenaan dengan tuntutan hutang tu, saya dah failkan tahun lepas. Tuntutan hutang ini sebenarnya adalah duit pinjaman dia selepas bercerai. Saya minta dia bayar balik. Bukan sikitlah, ratusan ribu,” jelasnya. Kes tersebut masih dalam prosiding kerana melibatkan status bankrap Datuk Red, dan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat telah menangguhkan kes ke 25 Jun depan, sementara Adira menegaskan dia tidak lagi mahu berdiam diri dalam isu ini.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.