7 Tahun Usaha, Abang Minyak Hitam Kini Ada Lori Sendiri
Dari Tepi Jalan Ke Lori Sendiri

Seorang mekanik yang dikenali sebagai Abang Minyak Hitam Jalanan berkongsi detik bermakna apabila impiannya untuk memiliki sebuah lori akhirnya tercapai. Menerusi perkongsian di TikTok, Mohd Yusof Mohd Noor meluahkan rasa syukur selepas tujuh tahun berusaha keras membangunkan servis minyak hitam yang bermula secara kecil-kecilan di tepi jalan.
Perjuangan 7 Tahun Tak Mudah
Menurut Yusof, perjalanan tersebut bukanlah sesuatu yang mudah kerana memerlukan kesabaran dan usaha berterusan untuk berkembang. “Alhamdulillah, lori kita dah siap. Selama 7 tahun kita usaha sama-sama. Terima kasih banyak,” katanya. Servis minyak hitam menggunakan lori itu kini sudah mula beroperasi dan meliputi kawasan sekitar Petaling Jaya dan Damansara, sekali gus membuka peluang lebih luas untuk membantu pelanggan.
Isteri Jadi Tulang Belakang Kejayaan
Dalam masa sama, Yusof tidak lupa menghargai peranan isterinya yang sentiasa menyokongnya sejak awal. “Kalau tiada dia (isteri), mungkin aku tiada di tahap ini. Terima kasih sebab selalu ada susah dan senang,” ujarnya. Sebelum ini, Yusof sering mendapat perhatian apabila membantu orang ramai yang mengalami kerosakan motosikal tanpa mengharapkan bayaran, termasuk kisah tular melibatkan Dicky Yau, yang membuatkan ramai netizen tumpang bangga dengan kejayaannya hari ini.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Kredit : Tiktok
Video :
@minyakhitamjalanan_ Replying to @Ceo GBB kalau takde dia mungkin aku takde di tahap ini terima kasih sebab selalu ade susah & senang ❤️🔥 "kami dah ON pakai lori 27/4/2026, Location 2ptg sampai 5ptg di tasik ikea damansara & malam kami di taman kota PJ kota Damansara 7malam sampai 10malam #fyp#fyps#masukberandafypシh#alhamdulillah❤️
♬ original sound - minyakhitamjalanan -