· · ·

Jika golongan paling kaya dalam masyarakat anda ialah ahli politik, maka masyarakat itu pada asasnya sudah rosak akibat rasuah. – Sultan Selangor

Quote Sultan Selangor Jadi Bualan Ramai

 

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, mencuri perhatian ramai selepas berkongsi satu quote yang dikaitkan dengan bekas Presiden Amerika Syarikat ke-33, Harry S. Truman. Menerusi hantaran dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office, quote tersebut berbunyi, “No man can get rich in politics unless he’s a crook.” Hantaran itu memaklumkan bahawa baginda ingin berkongsi quote berkenaan sebagai satu renungan kepada rakyat dan masyarakat.

Netizen Mula Bahaskan Maksud Tersirat

Tidak lama selepas dimuat naik, perkongsian tersebut mula menjadi perhatian netizen dan mengundang pelbagai reaksi di media sosial. Dalam hantaran sama, Selangor Royal Office turut berkongsi satu lagi quote berbunyi, “If the wealthiest people in your society are politicians, that society is fundamentally corrupt.” Ramai netizen dilihat mula membincangkan maksud tersirat di sebalik dua quote tersebut, malah ada yang menganggap perkongsian itu cukup ‘deep’ dan berkaitan dengan situasi semasa.

Majlis Diraja Selangor Tampil Beri Penjelasan

Terdahulu, Majlis Diraja Selangor turut tampil menolak dakwaan bahawa titah Sultan Selangor ketika sidang Dewan Negeri Selangor baru-baru ini mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri. Dalam kenyataan dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office, mereka menjelaskan bahawa titah diraja semasa pembukaan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor ke-15 pada 20 April lalu adalah selaras dengan prinsip raja berperlembagaan. Menurut kenyataan tersebut, titah diraja merupakan nasihat yang disampaikan mengikut bahasa istana dan menjadi sebahagian daripada tanggungjawab pemerintah berperlembagaan.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:  Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit : NewsStraitsTimes

Video : 


Tarziman —7/05/2026,  03.42PM