Zara Zya Dedah Sisi Gelap Industri Hiburan
Zara Zya Kongsi Pengalaman Hampir Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Zara Zya tampil berkongsi pengalaman hitam yang pernah dilalui sepanjang berada dalam industri hiburan apabila hampir menjadi mangsa gangguan seksual. Menerusi temu bual bersama Nona TV3, Zara mendedahkan dia pernah terlalu mempercayai individu yang kononnya mahu berbincang mengenai tawaran kerja dan skrip sebelum situasi bertukar menyeramkan. Menurutnya, individu terbabit mengajaknya keluar atas urusan kerja sebelum membawa mereka ke sebuah pusat karaoke. “Mula-mula kata nak bincang fasal kerja, skrip pun sudah ada. Bila ajak pergi karaoke, saya pergi sebab terlalu percayakan orang,” katanya.
Zara Dakwa Pernah Dipaksa Dan Diperdaya
Namun keadaan menjadi menakutkan apabila individu tersebut didakwa menyuruh rakannya keluar sebelum meminta Zara membuka pakaian. “Tapi dia suruh kawan saya keluar dan minta saya buka baju. Saya terus cari alasan untuk keluar dari situ dan tak kembali semula,” dedahnya lagi. Zara berkata individu terbabit kemudian cuba mencarinya semula tetapi dia terus menyekat nombor lelaki berkenaan dan melarikan diri dari tempat tersebut. Dalam masa sama, Zara turut mendakwa pernah diperdaya menghadiri satu perjumpaan yang disangkanya hanya makan biasa bersama kenalan sebelum mendapati ada seorang lelaki VIP sedang menunggu di dalam bilik.
Zara Turut Dakwa Pernah Diganggu Secara Fizikal
Menurut Zara, situasi tersebut menjadi lebih mengecewakan kerana ia dikatakan melibatkan rakan artis sendiri. “Saya ingatkan sekadar makan-makan biasa, rupanya memang ada lelaki VIP yang menunggu untuk masuk ke bilik. Saya tak mahu tetapi mereka juga tak mahu hantar saya keluar,” katanya sambil menyifatkan pengalaman itu sangat menakutkan. Selain itu, Zara juga mengakui pernah mengalami gangguan fizikal daripada beberapa individu dalam industri hiburan termasuk artis lelaki yang cuba mengambil kesempatan terhadap dirinya. Walaupun pernah ditawarkan bantuan untuk membela nasibnya, Zara memilih untuk tidak memanjangkan perkara tersebut kerana mahu terus bertahan dalam industri dengan cara yang baik.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.