“Cincin Ni Tanda Titik Peluh I” Pengantin Dakwa BA Curi Duit Mas Kahwin & Cincin Ketika Hari Nikah
Pengantin Dakwa Kehilangan Duit Mas Kahwin Ketika Hari Nikah
Seorang bekas pengantin meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa kehilangan dua barangan penting ketika majlis perkahwinannya yang berlangsung pada awal tahun lalu. Menerusi perkongsian di Threads, wanita yang dikenali sebagai @alya.nays berkata dia menyedari wang mas kahwin dan cincin perkahwinannya hilang ketika hari bahagianya berlangsung. Dalam satu hantaran yang dimuat naik, Alya turut berkongsi rakaman sesi siaran langsung yang dipercayai menjadi bukti kepada apa yang berlaku pada hari tersebut.
Dakwa BA Ambil Sampul Wang Mas Kahwin Tanpa Diminta
Menurut Alya, rakaman berkenaan menunjukkan seorang Bride Assistant atau BA menawarkan diri untuk memegang dokumen berwarna hijau yang dipercayai sijil sementara perkahwinan bersama sebuah sampul surat mengandungi wang mas kahwin bernilai RM500 secara tunai. Alya mendakwa tindakan itu dilakukan walaupun memegang wang mas kahwin bukan sebahagian daripada tugas BA. Selepas majlis selesai, dia cuba menghubungi individu berkenaan namun mesejnya tidak menerima sebarang balasan. Keadaan itu menyebabkan suaminya memberi amaran bahawa laporan polis akan dibuat sekiranya perkara tersebut tidak diselesaikan. Tidak lama kemudian, BA berkenaan tampil memberi respon dan memulangkan semula wang yang didakwa diambil.
Cincin Kahwin Masih Belum Dipulangkan, Tindakan Bakal Diambil
Bagaimanapun, isu kehilangan cincin kahwin masih belum menemui jalan penyelesaian. Alya memberitahu LOBAK MERAH bahawa dia percaya cincin tersebut turut diambil oleh individu yang sama. Dalam luahan emosinya di Threads, Alya menulis, “Cincin ni adalah tanda titik peluh i bekerja, KKI. TOLONG PULANGKAN BALIK KKI!!! I tengah tunggu u balas ws i. Lama you sidai i kan? I tahu u tengah baca semua threads i ni. U better balas mesej i. Kata maaf apa semua takde. U mmg kurang ajar dan u pijak semua kebaikan dan kepercayaan yang i beri! U gila K*KI!” Menerusi profil miliknya, Alya turut mendakwa terdapat beberapa lagi pengantin yang mengalami situasi hampir sama selepas berurusan dengan BA tersebut. Susulan itu, dia memaklumkan bahawa proses untuk mengambil tindakan lanjut sedang dijalankan.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.