· · ·

Keputusan Rayuan Akhir Syed Saddiq Ditangguhkan Lagi Ke 13 Julai

Keputusan Syed Saddiq Ditangguhkan Ke 13 Julai

Keputusan Syed Saddiq di Mahkamah Persekutuan yang sepatutnya diumumkan hari ini ditangguhkan ke 13 Julai depan. Memetik laporan Berita Harian, penangguhan itu bermakna Ahli Parlimen Muar tersebut perlu menunggu lebih lama untuk mengetahui keputusan rayuan akhir pihak pendakwaan dalam kes yang dihadapinya. Bekas Menteri Belia dan Sukan itu dilihat hadir di mahkamah seawal jam 8.50 pagi bersama ibunya, Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz.

Rayuan Pendakwaan Masih Menunggu Keputusan

Penangguhan ini sekali gus memanjangkan lagi penantian terhadap antara kes berprofil tinggi yang mendapat perhatian ramai. Pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin sebelum ini memohon supaya keputusan Mahkamah Tinggi dikembalikan semula. Sekiranya rayuan tersebut dibenarkan, Syed Saddiq berdepan hukuman yang pernah dijatuhkan ke atasnya sebelum ini.

Kes Bermula Dengan Empat Pertuduhan

Untuk rekod, Mahkamah Tinggi pada 9 November 2023 telah mensabitkan Syed Saddiq atas empat pertuduhan melibatkan pecah amanah jenayah, salah guna harta secara tidak jujur dan pengubahan wang haram berkaitan dana ARMADA. Beliau ketika itu dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta. Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan kemudian melepas dan membebaskannya sebelum pihak pendakwaan membawa kes berkenaan ke Mahkamah Persekutuan. Kini, keputusan muktamad dijadualkan diumumkan pada 13 Julai.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:  Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit : wartawan.jalanan2026 , 
ohmymedia.cc 

Video : 


Tarziman —30/06/2026,  03.35PM